Monday, May 24, 2010

CITRAWARNA COLOURS OF 1MALAYSIA

halluuu...sudah lama tak meng'update' blog...mana taknya..pagi pergi sekolah petang latihan citrawarna..tapi sepanjang minggu lepas tiga hari berturut-turut di Dewan Tun Abdul Razak,PWTC...semua sekolah berkumpul tiga hari itu..memang seronok..waima dua hari itu rasa macam dalam ketuhar..hari Khamis baru la merasa penghawa dinginnya..jom layan gambar-gambar kami..

'model-model' memperagakan baju yang diberikan oleh Pak Ngah production..zon kami zon utara..jadi Smk Kepong,Smk Taman Selayang,Smk Seri Selayang semuanya berwarna kuning..
taraa..sepanjang itu juga kumpulan break dance Wakaka Crew dengan Floor Fever pun ada...tapi sayangnya tak berpeluang bergambo dengan Alam dan Joe..huhu
ni pulak masa di khemah kami di belakang dataran..masing-masing sebenarnya kurang suka dengan baju tersebut..namun apa nak buat koreografer kitorang kata..ikut tema...yolahh
yang ni hari persembahan yang sebenar..tengoklah muka pun dah kena touch-up..pakai bulu mata palsu..waduh-waduh rasa lain gila..tak faham aku macam mana rozita che wan boleh ok jer pakai hat tuhh..rasa macam ada awning je atas tu..huhu tapi tu lah pengalaman kali pertama mekap betul-betul...fuhh
layan lagi..zass
haa..ni muka aku lepas di touch-up oleh jurumekap a.k.a kawan kitorang sendiri..iaitu Lily..nak mekap dengan cikgu dah full..apa lagi takut tertinggal suruh je la dia mekap...

apa-apa pun memang gembira yang amat semasa semua ini...bagi idealian lepas ni dah tiada lagi tari menari yerk..belajar elok-elok tau...our koreografer Kak Fiza and Abg Mi..we will miss you forever..thanks kerana sudi mengajar kami menari..walau ada tika waktu itu kami main-main...terima kasih sekali lagi..

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

guru...
tanpamu aku tiada hari ini..
tanpamu aku bukan di sini..
tanpamu aku...

guru..
kau ibarat lilin..
menerangi hidupku..
mengajar erti usaha..

guru...
kau akan ku kasihi..
waima di mana jua kau berada..
utara,selatan,timur dan barat..
tetap ku ingati..

guru..
tidak lama lagi..
bakal aku tinggalkan sekolah ini..
dimana tempatku belajar..
selama 5 tahun ini..

guru..guru..guru dan guru..
kenapa bukan cikgu?

-TERIMA KASIH WAHAI CIKGU-CIKGU KU YANG PERNAH MENGAJAR KU SELAMA INI..TIDAK KIRA WALAU DI MANA JUA..DOAMU SENTIASA DALAM INGATANKU..
-TERUTAMA CIKGU-CIKGU SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS

Monday, May 10, 2010

SEHARIAN DI UNIVERSITI MALAYA

Salam..semalam hari Ahad kan..aku pergi "atas tu"..bak kata pihak penganjur..orang lain syok-syok tidur di rumah,tengok tv,layan facebook dan segalanya,hehe..tetapi kami sanggup datang ke seminar ini..semata-mata nak mantapkan lagi Bahasa Malaysia kami yang dah mantap tu..biar terlebih mantap jangan terlebih yang lain sudahh..seminar ni dari jam 9 pagi-6.30 petang..tapi pagi-pagi semalam lagi dah bersemangat nak pergi sekolah naik bas yang disediakan..penjelasan yang sangat bagus dan memberangsangkan mindaku dari tenaga pengajar..wahh harap lepas ni boleh dapat A+++..amin

inilah aku di hadapan Fakulti Ekonomi..berbaju kurung warna biru..berbaju sejuk warna merah..memakai beg sekolah...woww warna yang sangat tak secocok..
ahaa..inilah geng-geng aku..geng yang memang sekepala habis..sampai "biru-biru" semua ada..haha jangan fikir lain..adatlah ada pembelajaran biologi dengan sains kan?
taraa..ini antara budak-budak yang pergi seminar tu..masa ni tengah minum petang..menu:teh tarik dan donut dan karipap bergula..hihi

Saturday, May 08, 2010

SELAMAT HARI EMAK

berbaju ungu-emakku

Makkk..
selamat hari ibu/emak..
maafkan segala kesalahan yang aku pernah lakukan..
mungkin aku pernah menyakiti hatimu..
aku juga manusia..yang tak pernah terlepas dari membuat kesilapan..
bulan ini mencabar buatmu setelah disahkan satu penyakit..
sebagai anakmu,,aku doakan agar dikau cepat sembuh..
amin ya rabbal alamin..

kepada yang sudah bergelar ibu..bakal-bakal ibu..
kepada anak-anak..
hargailah ibu anda..
tanpa mereka siapalah anda..
kalau tiada emak..takkan anda hidup di dunia ini..
anda gembira..anda sedih..anda kecewa..anda jatuh cinta pada seseorang..
di mana anda luahkan..
pada ibu anda,bukan?
renung-renungkan bersama..
salam
-ciksenyum-