Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA .. !

Assalamualaikum semuanya !

apa khabar? sihat tak ? harap-harap semuanya sihat-sihat belaka..mana taknya,esok dah raya! weehuuu..like,like,like !

tak mo cakap panjang-panjang lah..tekak cik senyum kering sangat dah ni..tak kan la nak bukak puasa pulak..tak baik! .. huhu

Di kesempatan ini,cik senyum nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali cik senyum..maafkan lah segala kesalahan cik senyum sama ada sewaktu itu cik senyum sedar mahupun tidak..

buat kawan-kawan cik senyum selama ni..cik senyum rindu korang sangat-sangat..harap-harap sebelum cik senyum balik KPM,dapat la jumpa korang semua..

untuk kawan-kawan hostel pulak..kita jumpa 11 Sept. nanti yerr..sekali sekali tu nanti ada majlis hari raya kan..hihi syoknyerr,lagi best!

harapan terakhir cik senyum,semoga kita semua akan dapat berpeluang lagi merasai ramadhan di tahun hadapan..insya Allah,amin !

p/s : nak duet rayaa .. hihi :D



Friday, August 26, 2011

TELL THE WORLD I'M COMING HOME!!!

Assalamualaikum...bertemu kita kembali...alhamdulillah,cik senyum dah pun selamat tiba di rumahku yang tercinta...memang terbaik la kan,pagi tadi ada kelas..tapi sengaja tak nak pergi..alasan,dah terlewat bangun Sir ! hehe .. mintak maaf Sir !

Bangun je dari tidur,kemas-kemas bilik sikit..sebab hari ni kalau ikut dalam jadual bilik kami,cik senyum yang bertugas..dengan bersemangatnya cik senyum pun berkemas-kemas ler..sambil tu dok termenung memikirkan, 2 minggu tak jumpa dengan roommate cik senyum yang gila-gila tu..Mek A.K.A Tya,,Deq Yaa A.K.A Alya,,Kochik A.K.A Nad dan Acik A.K.A Nabila..sedih la pulak kan..tapi tu la,masing-masing da berjanji untuk jaga diri baik-baik..insyaallah 11 September bertemu lagi la kami..

Pukul 11 lebih macam tu pagi tadi,aku,azza,nad,ngn g-ha bergerak ke pondok pengawal yang jauh gila dari hostel kami tuh..alih-alih kena tunggu daa kereta lain gerak dulu an..tak pe lahh,redha je..semangat giler kot kitorang nak balik nie..hehe mana taknya dalam banyak-banyak area dorm cik senyum ni kami berempat ler balik paling awal hari ni..

Akhirnya,setelah 1 jam menunggu di pondok pengawal dan 2 jam menunggu di stesen KTMB BAtu Gajah sambil menonton filem Korea..huhu kami beramai-ramai warga KPMSI naik tren tu..mesti ingat Koc C ok! Sebenarnya,ini la pertama kali cik senyum balik rumah dan pertama kali jugak la naik ETS ni..

Sejam yang pertama tadi,perjalanan kami baik-baik je..lepas je dari stesen Tanjung Malim,tiba-tiba pulak tren wat hal..hadoyy,semua dah resah gelisah an..dok bising-bising la tadi..then,dah ok..tak lama lepas tu..jadi balik! haishh..memang la mencabar jiwa dan raga kami..emak dengan kakak ipar cik senyum pulak dah dok asyik calling calling..bila nak sampai? agak-agak pukul berapa? risau benor mike..huhu

Cik senyum buat keputusan terakhir mengikut percakapan emak..cik senyum berhenti kat stesen Rawang dengan seorang lagi kawan tu..rasanya,kalau terus ke KL Sentral jangan harap la hari ni cik senyum berpeluang bukak puasa dengan keluarga cik senyum..ahaha

Tapi,itu lah namanya kesabaran..bila dapat tengok muka emak,adik,kakak ipar dan jugak anak buah cik senyum yang tercinta..memang satu kepuasan yang teramat sangat ! Tambahan lagi,cik senyum terkejut gila tengok bilik cik senyum..banyak yang berubah! terima kasih emak!

hurm,mengikut perangkaan ada beberapa hari je lagi cik senyum dapat berbuka puasa dan jugak bersahur dengan keluarga cik senyum..jadi kita manfaatkanlah masa-masa bersama keluarga tercinta ! jumpa lagi!

Thursday, August 11, 2011

MACAM-MACAM DUGAAN

Assalamualaikum !

hehe..cik senyum menghilang lagi..haha..bukan tak nak update..seriously memang sibuk semenjak dua menjak tiga menjak belajar balik..ngehngeh..dulu sibuk kerja sangat..sekarang sibuk belajar pulak..alahai..

hurmm..nak kongsi la sikit kan pasal kasut..sandal..selipar jepun..anything la kan yang berkaitan,yang mesti korang pakai dekat kaki korang tu bila nak kuar pergi mana-mana an..an,an,an haaaa hihihi

ok la..masa orientasi hari tu kan..dah nak dekat last-last day tu..boleh pulak kasut sukan yang selalu aku pakai semasa hari sebelum orientasi tu kan..tercabut tapak dia! hoiissshh..memang hot la kan! gila segan kot dengan orang lain..orang lain semua kasut sport baru-baru..al maklum la tempat baru an..semua mesti baru..hahaha cik senyum punya kasut pulak lagi best..ntah tahun bila punya kan? pergi la cari kat celah-celah rak kasut tu..jumpa la kan..apa lagi..pakai la..

orang tak pernah melalui orientasi? macam ni la kan..menggedik tak nak tanya abang..huhu padan muka! last day of orientasi..lagi best! dua dua tercabut tapak bhaii..ahahaha :D memang terbaik la kan..last aktiviti tu main apa ntah nama dia? siap bom bom lagi..kena baling tepung,simbah air..pehh..terbaik wokk!

cerita yang kedua pulak...dalam buku panduan pelajar baharu KPMSI ni pulak..tak de la diorang mention kalau pergi kafe kena pakai sandal..memang wa giler geram...tapi nasib baik la sorang mek Kelate roommate cik senyum ni bermurah hati nak kasi pinjam dia punya sandal..tapi.kalau nak diikutkan memang rasa segan sesangat oh!

cukup sebulan lebih la kan..sandal tu pulak..adoyaii..ini lagi segan giler kot..barang orang tu..tercabut daa dia punya tali..uwaaa memang la rasa bersalah di tahap yang menggunung..tapi alhamdulillah..dia memang insan yang baik hati..dia tak marah cik senyum pun..katanya dia tak kisah..benda dah nak jadi..hurmm syukur syukur..

alhamdulillah semalam ada akak senior jual sandal,kasut..apa lagi aku rembat ler..dah dalam keadaan terpaksa kan..aku bajet bawah rm20 je kot..tapi terlebih sikit..lantak lah janji aku ada sandal sudah..takkan la nak turun kafe pakai kasut kot..malu gilerr..lain la kalau dari kelas an..huhuhu

ok..stop stop..cik senyum tahu korang mesti dah pening an nak baca..
cukup lah sampai di sini saje..sekian..
SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA :D

Thursday, August 04, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

assalamualaikum...rindunya nak update blog..semenjak bergelar pelajar semula ni..rutin harian semakin bertambah seperti belajar masa sekolah menengah dulu..hehe seperti yang kalian tahu hari ni dah pun puasa yang ke-lima..pejam celik pejam celik sekejap je kan..nanti dah raya sekali tu pulak nak merdeka..cik senyum pulak,sebelum nak raya tu ada pulak mid-term..sebelum minggu tu pulak ada test yang kedua..agaga..banyaknya benda berlaku..haishh

alhamdulillah syukur padanya,setelah seminggu cik senyum kehilangan IC yang paling dan amat berharga sekali itu..hari ni dengan berkat usaha cik senyum dan jugak bantuan dari rakan-rakan cik senyum..IC tersebut telah pun cik senyum miliki..dan alhamdulillah jugak IC tersebut berada di tangan makhluk allah yang sangat baik hati..syukur syukur..terima kasih Ya Allah!

sekarang ni,baru cik senyum dapat merasa apa yang telah dirasai oleh abang-abang cik senyum selama ini..maksud cik senyum semasa zaman belajar mereka..segala kepayahan dan kesusahan tersebut telah mula dirasai sedikit demi sedikit..pertama sekali,pasal wang! segala-segalanya mengenai wang..ok,sepanjang minggu lepas..berbagai demi dugaan cik senyum terima ok!

sampai di satu tahap..air mata berlinangan pulak dah..serious rasa tension giler kot..al-maklum lah zaman belajar kat sekolah dengan zaman belajar kat kolej..mana sama..an,an,an?

ermmhh..cukup lah sampai di sini..lepas ni jom preview aktvt sepanjang cik senyum berada d KPMSI! <3