Friday, October 21, 2011

TINGGAL LAGI 2 MINGGU..


                                                           Assalamualaikum !
Hurmmh, macam tak percaya je..tinggal lagi beberapa minggu je cik senyum akan berada di KPMSI..banyak sungguh kenangan tercipta di sini..daripada kawan sampai la ke pensyarah..

         Lagi beberapa minggu jugak, cik senyum dan rakan-rakan yang berada di sini akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan yang akan menentukan segalanya, sama ada lulus mahupun gagal..cik senyum harap semuanya bakal lulus untuk batch Julai-Disember ini..dan jugak bakal menempatkan di mana kami akan berada selepas ini..

Masa nak last-last sem ni assignment datang menimbun..hari tu assignment agama,nasib baik dateline dah habis..dah siap hantar dah..lepas ni assignment iT pulak..lepas tu bakal datang, assignment Math pulak..nasib baik untuk subjek BI tak de assignment..tapi, insyaallah Ahad minggu depan cik senyum dengan group drama kami akan mempersembahkan drama kami iaitu ^snow white^..

        Nak cerita pasal drama pulak, group cik senyum memang tak praktis apa-apa pun sebelum ni..rehearsal dah buat dah, tapi lecturer marah coz kitorang still tengok lagi skrip..sepatutnya memang tak boleh..tapi, alahai..tu la buat kerja last-last minit..jawabnya, padan muka laaa! Tapi, harapan cik senyum semoga persembahan sebenar nanti,,harap-harap kami berjaya memuaskan hati Miss Syahda our drama lecturer!

Ermh, lepas ni..bangun pagi2 tak de dah la nak tengok muka roommate cik senyum dah..masing2 pun ada hal masing2 kan..alahai, harap2 deme tak lupakan cik senyum yang suka sangat senyum ni sampai sepet mata..haha seriously cik senyum suka sangat2 dengan roommate cik senyum..diorang pun gila2..harapan lagik, moga cik senyum dapat roommate yang gila2 jugak untuk tempat baru nanti,insyaallah..baru la tak de sunyi bilik kami kan?!

        ok la..sampai di sini sahaja coretan cik senyum..sampai ketemu lagi yep! <3 sayang kamu!




Friday, October 14, 2011

EH, DAH BULAN 10 LAA !

Assalamualaikum! ehehe..nakalnya cik senyum ni..boleh online lagi dalam kelas IT! hehe..ini "makan" dia..untung kan kalau bawak lappy sendiri..ngehehe nak save document pun senang..Ok,back to the story! sekarang dah bulan oktober dah kan? pejam celik pejam celik tak lama lagi cik senyum dan jugak rakan-rakan cik senyum dah nak berambus pun dari kolej nie..hehe makna cik senyum dekat sini, berambus dengan cemerlang..haha

      Ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semua, memang tak dapat cik senyum lupakan..dari ikatan persahabatan sehinggalah ke suatu ikatan yang lain..tapi ikatan tu tak sah lagi,cuma kongsi-kongsi kasih je antara kami berdua kan..namun,cik senyum sedar..antara kami belajar itu adalah yang lebih utama lagi sekarang..alhamdulillah, semuanya telah berlaku selama sebulan..cik senyum memang teramat sangatlah *** dgn si dia..tapi lepas dah kena torture dengan someone,ok fine..cik senyum terpaksa la kawal-kawal sikit an..hurmm

       Kolej Profesional Mara Seri Iskandar,Perak! cik senyum takkan lupa tempat nie..walaupun hanya beberapa bulan di sini..telah membibitkan sebanyak memori manis antara cik senyum dan si dia, serta jugak dengan kawan-kawan sekelas..kawan-kawan dorm..dan tak lupa jugak dengan karenah pensyarah..hari ni jugak cik senyum baru je hantar assignment agama..dateline terakhir hari ni kan..baru malam tadi terkocoh-kocoh nak print..nak check balik..hurmm memang mengajar cik senyum la lepas nie..tapi minggu ni memang cik senyum akui..minggu stress sedunia..bukan cik senyum sorang je tak siap malah, hampir kesemua batch cik senyum yang ambil sama kos dengan cik senyum nie tak siap lagi..taubat la, lepas ni tak mau jadi macam ni sudah..

       Tahun depan, harap-harap cik senyum dapat sambung kembali untuk mengambil diploma pula..masa apply, dia bagi 3 pilihan..tempat pertama, cik senyum pilih dekat Beranang..kedua, Ayer Molek dan ketiga di sini..tempat pertama cik senyum dan si dia sama, cik senyum harap kami berdua dapat tempat sama lagi, amin. Bukan apa, cik senyum dah jadikan dia tu umpama cikgu Math, dia kerap kali ajar cik senyum Math..memang la dia pandai sesangat dalam subjek ni berbanding cik senyum yang kurang sikit ni kan..

       Hurm, ada lebih kurang 3 minggu je lepas nie..sibuk dengan drama, assignment IT..assignment Math yang bakal menyusul..jangan pulak ada assignment BI sudah..memang bertambah sibuk la kan..nak nak pulak nanti dah nak final exam..ahhh, cik senyum memang takkan lupa kolej ni..di sini lah cik senyum belajar suatu perkara tu yang cik senyum sendiri takkan expect ini terjadi..terima kasih awak, terima kasih kawan..cik senyum sayang korang semua...

p/s : will miss all this beloved memory.... <3