Tuesday, March 30, 2010

MAAF..

Buat seorang insan yang ingin aku nyatakan di sini tapi biarlah tidak bernama..
hanya dirimu yang tahu..
semenjak dua tiga hari ini,,aku memang kurang sihat..
dengan suara yang agak ala-ala rockers..huhu
hidung kemekku yang tersumbat..
sakit kepala yang agak..
faham-faham sendiri..
maafkan aku kerana tak berjaya untuk menggembirakan hatimu..
maafkan aku kerana tak berjaya menghayati peluang di depan mata..
maafkan aku kerana aku main-main..
sekali lagi ku pohon maaf darimu mewakili kelasku..
insyallah aku akan lakukan yang terbaik selepas ini..
waima dikau tidak melihat aku seperti yang lain daripada biasa..
sekurang-kurangnya aku sudi untuk tampil di hadapan..
biar kita kurang sihat..namun,jangan biarkan orang risau tentang kita..

Friday, March 26, 2010

KALAU SATU HARI....

Kalau satu hari awak menangis..beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum..
Tapi saya boleh menangis bersama awak...

Kalau satu hari awak ada masalah..beritahu saya lagi,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya..
tapi awak boleh kongsi dengan saya...

Kalau satu hari awak mahu berjalan pergi..bagi tahu saya,
saya tak janji untuk halang awak..
tapi saya boleh pergi bersama awak...

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak,
saya janji akan ada untuk awak...

Tapi..
Kalau satu hari awak perlukan saya..
dan saya tiada...

Mungkin kerana "ALLAH LEBIH MEMERLUKAN SAYA PADA WAKTU ITU"
saya minta maaf banyak-banyak dengan awak..

Terharu?? sangat?? Biasa??
sama la kita..
awal-awal pagi sabtu lagi dah diserang dengan mesej ni dari seseorang..
apa-apa pun..
aku doakan agar dikau sihat selalu..AMIN

Thursday, March 25, 2010

HARI POLIS KE-203

apa kena mengena la aku dengan polis nie..
walhal kadet polis je..haishh
hari nie ada perbarisan kat MPS..
seperti yang anda tahu..
sepatutnya 50 orang yang pergi..
alih2 39..diorang nie 'sellfish" betul!
pergi dan balik ke MPS..
kami semua..
bagi aku la..kira kali pertama..
naik trak polis.. :DD
masa pergi duduk depan..orang kata kepala trak kot?!
masa balik..berdiri dalam trak sebab kerusi dalam tu tak cukup..
dah ala-ala banduan..haha
memang bising lah diorang..
pak cik yang bawa tu mak aih macam nak drift je..
dia ingat litar Sepang ke Selayang ni?
tapi syok memang syok..
sampai sekolah pukul 11.30..
pas tu Cikgu Ros cakap Pn.Normala bagi balik..
yahuuu..tapi aku tak balik pun..lepak kat sekolah..
sampai balik naik bas sekolah..
nak cakap macam mana ye?
Sekali sekala jadi kurang baik..tak pe kan?
setiap orang mesti pernah ponteng kelas..
takkan la korang tak pernah? Tak percaya akak!
sorry cikgu!
baik lah..ingin aku nyatakan yang aku sangat lah risau..
kawad daerah mungkin 10 april nie..
alahai...Farah!

Wednesday, March 24, 2010

PeNaT.. :-(

yoboseayo..( hello )
hari ni betul2 penat..
dapat je tugasan dari cikgu yang memerlukan aku untuk mencari orang2..apa lagi mari meronda sekolah.. :D with Siti Nasuha..
biasalah I kan S/u..hehe tak kan U tak tahu..
petang pulak ada SPBT kira KO-Ko la..
kena pulak susun buku2 yang melambak-lambak tuh..
ikat2-susun2-sembang2-eh ada pulak..patut lah kerja tak siap!
esok Hari Polis ke-203..
jadi 50 orang ahli KPterlibat..
25 boy 25 girl..
tempat?? kat MPS kut..!
ok la..gtg..salam

Tuesday, March 23, 2010

ZAHRAA...


siapa itu???? ( salah satu nyanyian dalam bujang lapok)
comel nya budak nie..
taraaaa...
sebenarnya ni lah dia anak buah aku yang ke-8..
hasil dari perkahwinan abang aku dan kak ipar aku..
ya allah terima kasih banyak2..
kerana mu menambahkan lagi anak2 buah ku..
9.42 pagi..3.47kg..
di Hospital Selayang..

Nak cerita sikit..waima semalam aku ada dapat beberapa result ujian pertama yang agak mencacat cela kan..tapi bila dengar kak ipar aku dah bersalin..terus hilang rasa sedih..pertama sekali..TAHNIAH !!!! dah dapat pangkat mama and papa... :D :D

Thursday, March 18, 2010

Kem@smk Ideal Heights

hai semua..citer ni dah basi sebenarnya..tp layan je lah ok!
sebelum cuti sekolah yang lalu..
sekolah yang sengat aku cintai..
telah pun menganjurkan kem..
kiranya ni kem terakhir aku sebelum habis persekolahan..
12-14 mac 2010..
ini kawan2 yang tidur satu khemah dengan aku..dari kiri aku,syuhada yang cantik,ain yang baik dan Hadzuna student baru sekolah nie..
ini jiran kitorang..teha,liyana,fatin,ayu
sebelum pulang ke rumah..setiap kumpulan diberi tugas..dan kumpulan aku ditugaskan untuk mencuci tandas..(cleaner sekolah patut berterima kasih tau)..hehe

macam2 aktiviti ada..rentas halangan..operasi burung hantu..pertandingan memasak..ikhtiar hidup..dan konklusinya semasa melakukan aktiviti rentas halangan kaki aku terseliuh..sakit tu memang sakit..tapi sebab nak rasa semua aktiviti ku gagahi jua untuk melakukannya..(ayat x bole blah)

papepun berterima kasih pada cikgu2 sebab memberi aku peluang terakhir untuk melibatkan diri dalam kem ni...

Thursday, March 11, 2010

AKU BUKAN MALAIKAT

Kenapa ada orang suka berkongsi masalahnya dengan aku?-aku tak mengerti..

aku ni baik sangat ke..tak nampak jahat?-alhamdulillah dikurniakan muka comel (perasan!)

tak kisah lah kalau korang nak kongsi apa-apa yang penting jangan pulak suatu hari korang boikot aku..insyaallah aku akan terus mencuba menjadi rakan yang terbaik untuk korang..angkat tangan semua,,amin

salam sayang semua..
betapa gembiranya aku hari ini..
sebabnya hari ni hari terakhir ujian Mac..
hari ni petang karang nak pergi kem..
tiga hari dua malam..
sape nak ikut jom..
tapi kena tanya cikgu dulu..hehe
minggu nie banyak kes yang aku terima..
daripada kawan2 jugak..
macam2 lah..
tapi tak mahu cerita disini..
biar hanya aku,Dia dan tuhan yang tahu..
nak kata pakar kaunselor..
tidak lah sebegitu..
tapi setakat menjadi halwa telinga..
apa salahnya kan?
hurmm..insyaallah akan ada n3 semasa kem..
baiklah..doakan aku lulus semua ujian yang aku lalui..

Friday, March 05, 2010

MASIH PENAT


FUHH..
Sukan dah berlalu..
alhamdulillah..
keputusan..
juara keseluruhan : rumah UngU!!
unit uniform : KRS a.k.a ReLa
rumah sukan : blue

Kadet Polis???
don't ask la..
comfirm hancur!
of course!
sebenarnya selepas kitorang kawad..
masing2 ada duty..
tambah2 ada plak malas nak jaga..
hurmm...
(sakit hati sangat!)

ada poco2..
aku dengan nasuha..
dan dua orang lagi budak k.p..
pergi join..
tergedik2 kat sana..
ampun cikgu..hehe

malas nak upload gambar..
sowi..
i'm still tired..

minggu depan..
FIRST TEST!!!!!!!

Cik senyum?
buku dah baca?
belum..

Wednesday, March 03, 2010

THANKS YAW!

Thnx to all of u..
sbb 2-3 hari ni..
korang sanggup datang..
waa..terharu sangat! :D
pasal entry yg lepas2 tu..
i'm sorry..
time tu..
memang emosional tahap gaban gak..
pasal korang gak aa..
esok hari sukan..
pun masih ada tugas..
kena jadi polis ala2 trafik gituh?!
harap bagi keje sama gak la yerk!
dan kepada korang yang nakal sangat2 tu..
jangan nakal2 lagi..
don't be selfish..
nobody like atittude like that..
hidup jangan selalu susahkan orang..
jangan ikut kepala korang sendirik..
dan banyaklah lagi jangannya..
nanti korang kerja ikut majikan jugak kan?
so,amalkan lah amalan kerja sama..
apa yang penting??
kerja sama!

daa..tunggu entry esok..wassup2
salam..