Thursday, November 25, 2010

nak tau?...kenapa saya sangat busy sekarang nie..sebab saya dalam mood "peperangan"...
peperangan apa?
EXAM LAHHHH..
Ntah bila dapat update blog lagi...
bm bi sej dah lepas skrg tggl lg 6 subjek je lagi..
doakan saya!

Friday, November 19, 2010

JAMUAN KELASKU

salam pagi sabtu...story nie tak la hot-hot sangat sebab dah beberapa hari berlalu..
15.11.2010...hari nie kitorang sekelas buat jamuan terakhir di sekolahku yang tercinta ini..
yang datang pun beberapa orang je..namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk melakukan acara makan-makan ini...ntahlah aku tak tahu nak cakap apa lagi..kepala aku berserabut sangat-sangat..haa layan je la gambar tu..

ini bestie aku..sebelah kiri syahirah..dia nie pemalu sikit tapi kalo orang kenal dia betul2 kadang2 dia suka buat lawak bobo macam tuan punya blog nie jugak...sebelah kiri syuhada..depa semua panggil dia syud,odah mcm2 lagilah..dia nie dikatakan agak laser la jugak dalam kelas kitorang tu..tapi atas kerana persahabatan yang telah dibina selama 2 tahun..dapatlah jugak aku bersabar dengan dia...hehe agak2 kalo diorang baca blog aku nie..aku cuma nak kata thanks for being my bestfriend!!!

yang nie pulak cikgu syahida..dah kenal dia dari form2 lagi tapi masa tu dia ajar sejarah tiba-tiba pulak kena tukar ke sesi pagi jadi sempat kenal sekejap je la..kalau uoollss nak tau dia la bagi aku gelaran "cik senyum" tu...bayangkanlah dah berapa lama aku hidup mana la penah ada orang bagi title tu kat aku..dan akhirnya blog aku diterbitkan atas nama gelaran yang telah diberikan olehnya...cikgu,terima kasih ajar saya BM utk 2 tahun nie...cikgu memang the best!

haa ni lah stepmother kitorang..nama dia PN yong..kitorang sekelas nie memang sekepala lah kan..kalau dia tak masuk kelas tu..ya ampun macam monyet kot...yahoooo yes yes yes..apa kejadah hee???...termasuklah aku jugak...kesian tu kesian la jugak..tapi kalau dia masuk kelas semua senyap je..macam ntah kena pukau pun ada..huahua tapi dia pandai la jugak buat lawak...thanks teacher coz teaching we're! thanks also because memeningkan kapla aku dengan homework2 dia..haha

ini pula pn kwok..mengajar subjek math moden...dia ajar kadang-kadang ok kadang-kadang aku jadi blur..dan psssttt adalah masa dia 'tertido'...tetttt hehe by the way thanks coz teaching we also!

cikgu mahfudzah! cute kan cikgu nie...nampak je kecik tapi dah ada baby..cikgu ni pun baru masuk tahun lepas..ajar biologi..best la dia ajar..tapi paling tak tahan waktu kena tengok skrin putih mata pun layu-layu jer...hehe maafkan saya cikgu!

cikgu zurawati!...cantikkan cikgu nie?...manakan tidak boleh dapat title guru paling anggun tahun nie..cikgu nie ajar aku subjek chemistry...pada awalnya kurang suka dengan cara cikgu nie ajar sebab lembut sangat..tapi bila dia kuarkan suara rock dia macam ella..haa amik ekauu..hhaa

taraa..nie cikgu feveret aku nie..sebelah tu memang dah jadi kesayangan dah..yang bertudung biru tu pulak baru je rasmi jadi cikgu kesayangan..kalau nak tahu cikgu nie la inspirasi aku dalam bertudung..hekhek

kamilah anak-anak cikgu

SAYA SAYANG CIKGU KETAT-KETAT
THANKS KAK LONG..
SEMOGA KAK LONG BAHAGIA SELALU..

UNTUK SEMUA CALON-CALON SPM 2010..BUAT BAIK-BAIK OK! TERUTAMA SEKALI BUDAK-BUDAK SAINS 3/2010..KORANG MEMANG GILA-GILA LAH...WA SAYANG GILA KAT KORANG!

Saturday, November 13, 2010

HARI PERPISAHAN F5

12 november 2010..Jumaat..11 hari lagi..

pagi jumaat yang sungguh dingin ditambah dengan hujan yang turun pada pagi itu..
masing-masing tak dapat menjangkakan..

walaupun kami semua berada di saat-saat kritikal..tetapi cikgu-cikgu bm dan bi masih sanggup lagi memberikan tip-tip yang terakhir...terharunya aku!

setelah selesai satu demi persatu ucapan dari cikgu-cikgu..bermulalah episod "tangisan"..yang aku ni pulak..belum sempat ckgu menyuap wafer milo sebagai door gift dan juga pen..dah pulak mengalir..haishhh tak logik jer..biasalah kan jiwa wanita..

tapi aku tabik kat cikgu kesayangan aku tu setitik pun dia tak menangis ok!..betapa,,tapi hati manusia kita tak tahukan..

bermula dengan cikgu cami,cikgu zurawati,cikgu syahida,ustazah maizura,ckgu faridah,ckgu sathia,ckgu kwok dan ckgu mahfudzah..

di sini ingin aku katakan..saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah,,saya nak minta maaf kalau saya tak siapkan kerja yang cikgu bagi,,tak hantar buku,,terlambat hantar,,dan segala 'ter'..kalau dekat lab.pulak selalu kadang-kadang curi-curi makan,,curi-curi tidur,,tak bagi perhatian..hmm banyaklah kalau nak dinyatakan..

tapi paling tak syok tak jmpa langsung dengan pn yong..mungkin dia x datang hari tu..kalau nak diikutkan kitorang banyak kutuk-kutuk dia dari belakang selama ni..kalau dia tak datang tu bukan kemain suka lagi kitorang..haishh jahat betol!..tapi kadang-kadang suka la jugak bila ada masa dia buat lawak dia tu..

agak-agak kalau pn yong jumpa blog aku ni la kan..nak je aku cakap..AKU DAN RAKAN-RAKAN SEKELAS NAK MINTA MAAF BANYAK2 DEKAT DIA..huhu

pssttt..isnin ada mkn2 skit2..tgk la nnt..igt nak masuk gmbo2 skali tp kalo comp. buat hal..mmg lah! huh


Thursday, November 11, 2010

AKU TAK PERCAYA LAGI

apa yang kau tak percaya ni..percaya je lah..semua depan mata ok! rileks rileks jangan marah-marah ok..nanti blood pressure tinggi pulak..ishh tapi memang aku tak percaya la..sungguh!

sangat-sangat tak percaya..esok merupakan hari terakhir aku bersalam-salaman berpeluk-pelukan dengan semua guru tingkatan 5 yang mengajar aku di tingkatan 4 dan 5 ini..

heyyy..i don't believe it! ok! ehh cukup lah cik senyum..gila ke happaa ko nie daripada tadi okay-okay tau la otak ko dah biull..huahua

ok..tengok ok lagi! what's wrong baby????..baby,baby,baby..ooo ohh stop nyanyi lagu justin bibir tu..wehee nahaihh aku kena 'kaw-kaw' dengan peminat gila-gila dia tu..

ehhh..zaman sekolah dah nak berakhir..dan begitu juga dengan seseorang yang sangat istimewa bagi aku..kami kenal sama2 kami keluar sekolah pun sama2..tak percaya dia pun dah nak...heee i like it..yuhhuuuu

kawan2..aku akan rindu korang semua ok! (see???) haiyaa..pegi makan laa..eh,,silap2..

bersambung esok dengan picture2 dr sekola ku yg tercintooooo

Friday, November 05, 2010

HAHA..AKU DAH JATUH CINTA!

upsss...bikin panas je cik senyum nie kan! kalo la berita tu betul-betul punya..mati ohh sampai satu

kelas boleh tau...fuhhh ok ok...sebenarnya,,,aku dah ,, dah ,, jatuh cinta dengan

selendang@shawl...serius! dulu lagi sebenarnya aku nak sangat-sangat pakai selendang nie..tapi

bila aku terlampau banyak berfikir..maka hasratku itu terus terpendam hinggalah satu

hari...sewaktu membeli-belah di KL dan sewaktu itu terlihat la pulak shawl yg sangatlah

colourful yg sgt mengcengkam hati aku...grrrr aku rasa frust gila tak beli shawl tu..ya allah cantik

sungguh..dan apabila raya menjelma dari saat itu hinggalah ke hari ini..aku dah pun mulai pakai

shawl...pertama kali bertukar menjadi power rangers..ehh silap! huhu..bertukar penampilan di

hadapan rakan-rakan sekelas semasa berbuka puasa bersama mereka..ohh boleh rujuk di entry

"BUKA PUASA BERSAMA RAKAN SEKELAS"..mula-mula takut jugak lah ..ia ler ntah apa yg

diorg nak ckp..ish3 jgn selalu prejudis dahulu..dan tak disangka-sangka mereka menerimanya

dengan baik penampilanku ketika itu...alhamdulillah bukan nak bangga..cuma kadangkala kita

sebagai manusia sepatutnya mencuba sesuatu yang baharu agar kita tidak dianggap ketinggalan

zaman..dan lihat sekarang shawl2 itu telah pun di manipulasi menjadi shawl yg sgt cantik

ditambah dengan bling2 di hujungnya...

saranan saya:remaja seharusnya mencuba satu perkara yang baharu..jauhkan perasaan malu dahulu..dan tanya pendapat orang lain..bak kata pepatah..'buang yang keruh ambl yang jernih"

SELAMAT MENCUBA KAWAN2