Sunday, August 29, 2010

GERAM-MARAH-SEDIH

baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu berita yang memang membuatkan ramai rakyat Malaysia geram,marah,sedih dan sebagainya...

mengapa perlu warga indonesia membakar bendera kita sendiri hanya kerana satu isu?? tidak cukupkah dengan memijak-mijaknya lagi..hal ini jika difikirkan semula memang benar-benar menyakitkan hati..

waima aku sebenarnya tidak berminat dengan sejarah..tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang terjadi sewaktu Malaysia ingin bergabung dengan dengan Indonesia..daripada saat itu juga mereka sudah...

apakah mereka tidak bersyukur ?? sedangkan kita sendiri sudah memberikan bantuan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain..?? aku seorang pelajar tingkatan lima benar-benar kesal atas apa yang telah dilakukan oleh negara tersebut..

bagi korang yang masih lagi nak membangga-banggakan negara jiran kita tu..tak payahlah..fikir la banyak kali..tak pun pergilah baca balik buku teks Sejarah tingkatan 5 mengenai penggabungan antara Malaysia dan Indonesia...

Walau apa pun..aku tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia..

SELAMA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, August 26, 2010

NEW LOOK

Taraaa....first time kot aku pakai shawl..first time jugak beli shawl...comel tak saya??
alahaii jangan perasan cik senyum...selagi muka ada jerawat jangan kata cumell..ahhaha


apa pandangan anda????....

Wednesday, August 25, 2010

SEPERTI BIASA

kehidupanku kala ini seperti biasa..tiada yang berubah cuma perjuangan yang bakal aku hadapi di akhir tahun ini bersama dengan rakan-rakan tercinta..sedar tak sedar hari ini sudah pun 15 ramadhan..spm pulak 91 hari je lagi..persoalan buat diriku..adakah aku sebenar-sebenarnya sudah siap dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi percubaan selepas raya??? adakalanya aku terfikir..waima kita dalam tahun peperiksaan terbesar,adakah perlu dan wajar jika kita "menyorok" diri kita dalam bilik semata-mata untuk menelaah pelajaran sehingga tidak mahu berjumpa dengan saudara mara di hari yang mulia? bagiku memang tak wajar langsung..nak kata skema memang yer pun..tapi haishh entahlah...manusia memang lain dari yang lain kan?!

apa pendapat anda tentang persahabatan?? bagi saya persahabatan itu indah..tak seperti cinta walau kita dah berputus kasih sekalipun kawan akan tetap menemani hidup kita..kenapa ya ada segelintir manusia langsung tidak boleh menerima kemaafan dari orang lain sedangkan hal tersebut sudah pun lama berlalu? aku tau kerana aku sendiri pernah merasainya..namun sering aku katakan pada diriku biar je lah ia berlalu bak angin sumatera namun dalam hati tetap terpahat parutnya...hidup ni ada susahnya ada senangnya nak cari kawan..buatku cubalah jadi yang terbiasa waima tak dapat jadi 'hot' sekalipun agar kita diterima orang.....

Tuesday, August 17, 2010

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SOLEHAH

bismillahhirrahmanirrahim...ya allah ya tuhanku engkau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..sesungguhnya engkau berikanlah syurga buat dirinya..

menerima khabarnya bahawa dia telah pun 'pergi' benar-benar mengejutkan diriku..ku kira sudah hampir tiga/empat hari dia tidak menaiki bas yang sama dinaiki bersama denganku...hati ini pernah juga berdetik adakah dia baik-baik sahaja..namun kuasa tuhan telah menentukan segalanya..dia pergi juga pada 5.40 am..iaitu ketika umat islam baru sahaja selesai menyempurnakan sahur mereka untuk hari ke-6...hanya disebabkan oleh denggi..

sehingga ke hari ini aku benar-benar tidak percaya bahawa dia sudah pun pergi menghadap yang ilahi..sedangkan dia yang lebih muda dari aku telah pun....ahh aku benar-benar tidak percaya..arwah seorang yang baik hati..jarang sekali aku melihat dia marah-marah tatkala bas kami lambat ambil atau sebagainya..kali ini tinggallah kerusi yang kosong di dalam bas itu..hanya bayang2nya saja dapatku rasai...

takziah buat keluarganya... :(

Saturday, August 07, 2010

SEBELUM TERLAMBAT

Salam...yup! sebelum aku terlambat..sebelum aku masih belum lagi 'busy'..aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..kepada kawan2,sedara mara,geng geng myspace,facebook dan tak lupa jugak untuk geng geng bloggers..harap kalian dapat menyempurnakan puasa kali ini..buat yang bakal menghadapi SPM..raya raya jugak..pelajaran jangan lupa..aku sentiasa doakan kejayaan kita semua..

::: syafinaz:akak rindu sama kamooo...

Wednesday, August 04, 2010

SPM 110 HARI LAGI..

Sekarang sudah bulan 8..bulan Ogos..hari ini 4.8.2010

saya dengan ini mengaku bahawa..(esok saya nak kahwin)...cehh gurau je..syok sendiri..haha
baik baik..

saya tak sabar nak menempuhi bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..kaf.ba.ra.ka.alif.ta.nun...yaa cik senyum! :)

saya tak sabar nak sambut raya kali ini..nak bergaya dengan baju baru..agak2 boleh lagi tak dapat duit raya.. ?? haha..

saya tak sabar nak menghadapi percubaan SPM..harap2 ada lah soalan bocor..senang nak dapat markah! <3

saya tak sabar nak berPERANG!!! dushh dushh duumm..peng peng poomm..saya nak berperang peperiksaan terbesar yang bakal saya hadapi selama 11 tahun saya belajar di sekolah..SPM

saya mahu kalian..doakan saya boleh tak? ?..plishhh nanti saya bagi dua puluh sen yerk! :)