Wednesday, June 22, 2011

22 JUN 2011 - 18 TAHUN SUDAH !

CIK SENYUM,
a.k.a.
CIK FARAH,,
SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI..
CUKUP,SAH,
18 TAHUN !


salam..alhamdulillah..akhirnya cik senyum dah cukup 18 tahun..hehe..sedar tak sedar..cepat je masa berlalu kan..akhir-akhir ni cik senyum memang sibuk sangat..mengalahkan artis tu..ke sana ke mari..hurmm..al maklum,tak lama lagi cik senyum dah nak pergi belajar..entah dapat kan lagi ke tak nak kemas kini blog kan? erm.. :(

‎~~~ cik senyum , tak tau nak kata apa .. kali ni rasa macam terharu sangat-sangat .. ramainya yang bagi ucapan .. hihi :D terima kasih kawan2 FB, sedara mara , yang bagi ucapan melalui mesej,panggilan dan yang seangkatan dengannya .. walaupun tak dapat hadiah,cuma sekadar ucapan pun sudah cukup mengharukan .. terima kasih ke hadrat ilahi kerana telah memberikan cik senyum nyawa untuk bernafas di muka bumi ini .. terima kasih atas segalanya ~~~ senyum
selalu !

untuk tahun ini..cik senyum tak dapat hadiah langsung dari mak ayah cik senyum..tapi,cik senyum tak kisah pun..sebab pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka benar-benar meruntun hati dan jiwa cik senyum..selalunya,cik senyum akan dapat RM XX.XX .. tapi,tiada untuk kali ini..tiada untuk kelahiran hari ini..cukup lah cik senyum tengok abah dengan emak cik senyum ke hulu ke hilir menemani cik senyum menyelesaikan pemergian cik senyum ke tempat pengajian nanti..

cik senyum tahu,mereka juga turut sedih di saat cik senyum tak dapat langsung tawaran dari U .. kadang kala cik senyum rasa bersalah,kenapa la tak belajar betul betul dulu..kan,sekarang dah senang..mesti bulan 5 lagi dah keluar dari rumah..

hurmm,tak lama je lagi..insyaAllah cik senyum pergi daftar ke kolej tersebut 5 Julai nanti..sebenarnya,cik senyum pun takut jugak nak menghadapi dunia luar ni..ye lah,cik senyum mana pernah berpisah dengan keluarga..bayangkan cik senyum pergi shopping complex dengan kawan-kawan pun,emak tetap call.."bila nak balik ?" "hari nak petang dah ni" .. malu tu ada la jugak..member member macam berkata kata la jugak "anak emak" .. yup,cik senyum tak kisah pun..sebab rasa,mak betul betul melindungi cik senyum..terharu ~

hurmm,cukuplah sampai di sini sahaja..biarkan yang lain tersemat di dalam diari kesayangan cik senyum..

! TERIMA KASIH !

Friday, June 10, 2011

5 JUN 2011

assalamualaikum ! entry lambat lagi basi..hehe

helloo...hee menghilangkan diri lagi !

sebenar eh tak sihat ni..entah,,musim lagi kot..
tengok orang lain pun update status kat FB,,
pun tak sihat jugak...

ok lah,cik senyum sekadar memberitahu..akhirnya cik senyum dan juga rakan-rakan cik senyum tiba jua di majlis persandingan cikgu kesayangan kami..dengan bantuan dari pak cik kawan cik senyum,syahirah...dapat lah juga melihat air wajah cikgu kami itu..

percaya atau tak,kami lah kumpulan (bekas pelajar SMKIH ) paling awal tiba di majlis cikgu..hehe rasa sikit je bangga..huhu

sejurus kami semua makan,kami menunggu detik 12:00 tengah hari dikhabarkan cikgu bersanding pada waktu itu..meriah agak meriah juga,al-maklum sahaja kedua-duanya anak sulung...alahaii..hehe

nak citer ni,nak citer nie..ya allah rasa terharu bercampur gembira tatkala melihat cikgu tersenyum manis dan ayu sekali..mula-mula tu cikgu tak perasan akan kehadiran kami,,selepas terlihatkan kami...senyumannya bertambahlah manis dan tak lekang dari bibirnya..dari mata cikgu,aku dapat melihat dan merasa betapa cikgu merasa terharu dengan kehadiran kami..namun,satu hal yang cikgu tak dapat,iaitu salah seorang "anak angkat" nya tidak dapat menghadirkan diri..biarlah aku tidak menyatakan namanaya di sini,namun aku yakin empunya diri tahu siapakah dia...

kiri dan kanan cik senyum sahabat terbaik semenjak kami bersekolah lagi..
yang bertudung coklat-syahirah
tengah-cik senyum lettew!
tudung pink-syuhada

thank you syahirah! kerana telah menyelesaikan segala kemelut yang melanda di kepala cik senyum..walaupun kita menghadapi sedikit masalah di "dalam" kereta itu..haha

yang dah lepas,biarkan berlalu..
apa yang penting,sampai juga hajat cik senyum melihat cikgu bersanding!

see!! cikgu cun sangat-sangat hari tu..semasa persandingan di Kedah pun,cikgu cun sangat! haha..beruntung cik abe memilikinya! lihat lah wajah cikgu,gembira tak terkata!

apa-apa pun cikgu,,
yeah... "cikgu memang dah lepas daripada semua ni!!"
tak ada lagi la dari soalan kami lagi..cuma lepas ni nak tanya jugak
"bila lagi? tu..tu..ahaha"
faham ke tak? tak faham buat-buat lah faham...

erghhh,,,nak PANADOL !!! huhu...