Sunday, November 20, 2011

RINDU , SUKAR UNTUK DIUNGKAPKAN !

                             Assalamualaikum semua Harap-harap kome sihat la yea..


         hurmm..sedar tak sedar, kini dah cukup seminggu lebih cik senyum duduk dalam rumah..kalau dulu, hari-hari biasa mesti pergi kelas..pergi BK, pergi DK..haishh dah tak dengar lagi dah BK,DK apa semua tuh dalam rumah kan?..kadang-kadang tu, mesti cemburu sesangat dengan member yang tak de kelas pagi..syok la depa dapat tidur lebih sikit an..kita ni pulak haa, kelas pukul 8 pagi..nasib laa..hihi apa nak buatkan? redha jer..

       hurmm..seriously cik senyum rindu dengan kawan-kawan KPMSI...sebagaimana yang korang tahu kan, cik senyum kan pertama kali duduk asrama..selama ni reti dok rumah je..mana la reti duduk jauh-jauh dengan keluarga..

       cik senyum ingat lagi, masa mula-mula masuk sini..tiap-tiap malam mesti emak cik senyum hantar mesej..dah makan ke belum? makan apa?..hurmm, nampak benor ler dia tak biasa kan cik senyum tak de kat rumah..cik senyum pun sama la..hidup dekat sini dengan hidup dalam rumah..memang lain, tapi cik senyum tetap cik senyum..bukan orang lain..ngaaa.. :D

       teringat lagi, kalau dulu..kekadang tu tiap pagi, mak tolong kejutkan nak pergi sekolah kan? tapi sekarang, bangun sendiri la uitt..tapi, untung jugak dapat roommate yang baik hati..sanggup tolong kejutkan pagi-pagi..thanks A4-12 ! sayang korang sangat-sangat lah !


       hurmm..kalau dulu, belajar dalam kelas je..sekarang, amek kaw..siap belajar dalam dewan kuliah lagi..ada air-cond lagi tuh..syok arhh! hehe..biasanya kalau guna dewan kuliah ataupun singkatannya, DK ..ada kelas gabung la tu.. PIP A&B, PIP C&D .. dan seterusnya..sampai la PIP H..8 kelas ! perangai depa memang gila-gila..suka cik senyum tengok taw !

       pengalaman dalam DK ! cik senyum mengaku la kat sini, cik senyum tak "hot" pun..tapi selepas terjadinya satu insiden dalam DK tu, hari-hari..walau sikit sekalipun mesti ada ! kena apa taw? kena bahan dengan lecturer! Lecturer tu, Madam Raftah..suka sesangat "bahan" kitorang..last-last cik senyum dan si dia, dah terbiasa sangat dah..dah lali la kan orang kata..tapi sekarang, cik senyum tersangatlah rindu dengan Madam..

        kampus siswi! aras 4..pelajar PIP..haa, rindu sangat lah time nih..kalau korang nak tau la kan, dari bawah lagi dah boleh dengar suara kami semua kot..mana taknya, happy semedang..bercakap pun, orangnya depan-depan je nih..nak jugak volume besar..haha serius cik senyum cakap, aras 4 paling happening..sampaikan akak ketua aras pun pening! hikhik..


        Kafe ! ini lagi satu tempat di mana pelajar-pelajar suka sangat melepak sampai la jam 11 malam..kekadang tu saje tunggu warden halau baru nak naik..yang bestnya ramai pelajar PIP laa..termasuklah cik senyum kan?!..ahaa..tak percaya,percaya laa..masa bulan puasa lagi best, kolej buat peraturan..kafe boleh bukak sampai pukul 3 pagi..apa lagi, dok melepak la kan..sambil-sambil tu belajar la jugak..takkan la turun kafe semata-mata nak melepak kan?..tak patut,tak patut..

        Surau ! Kalau di sini, setiap hari Isnin-Khamis, semua pelajar asrama wajib turun sewaktu solat maghrib dan isyak untuk berjemaah bersama-sama..masa mula-mula tu, bilik cik senyum ni rajin la jugak turun kan..kadang-kadang tu pukul 7 lagi dah turun..semangat wooo..hehe alih-alih dah nak akhir-akhir nih, memang tak larat dah laa..almaklum la banyak kerja la apa la kan..tapi, tetap tunaikan suruhan-Nya jugak tahu !

        Akhir sekali, di sini jugak, segala-gala kenangan banyak tercipta antara cik senyum dan segala-galanya..daripada kawan sebilik, kawan sekelas.. dan jugak kenangan mencipta "pertemuan" kali pertama dalam hidup, bersama dengan si dia..hurmm, terlalu banyak sangat kenangan tau ! 


SAYA RINDU DENGAN KPMSI ! <3










Wednesday, November 16, 2011

11.11.11 - HOLIDAY AT PANGKOR with THEM !

          Assalamualaikum semua! Apa khabar ? Harap-harap semuanya sihat .. Nak tahu tak ? Alhamdulillah, cik senyum dan rakan-rakan sudah pun berjaya menamatkan PIP untuk batch July-Dec 2011 kali ini ..Sebak plus sedih, semua bercampur baur..macam tak percaya kitorang dah tamat pun..5 bulan tu dirasakan terlalu sekejap sangat ! Padahal segala kenangan yang tercipta, amatlah banyak tak terkira!

          So kami dah buat perancangan, antara yang join percutian ni :
En.Abu,Cik Senyum,Abg Sal,Kak Syikin,Aiman,Nadira,Aril,Finaz,Kak Mimi,Din,Laila,Eija dan jugak Mirul a.k.a Memey..13 orang semuanya!

             Seusai habis jamuan untuk para pelajar PIP petang jumaat itu, cik senyum dan lagi 12 rakan sekelas cik senyum bergerak ke Pulau Pangkor! Itu pun sebenarnya, kalau tak sempat naik feri..memang kitorang ingat nak overnight dekat Teluk Batik..tapi, alhamdulillah takdir menentukan segalanya..lebih kurang jam 8.30pm..inilah kali pertama cik senyum naik feridi Jeti Lumut..yang lain tu biasa dah lah kot..ini jugak, kali pertama antara cik senyum dan si dia bersama-sama di atas feri! Rasa macam nak buat filem titanic versi melayu pulak..haha ohh, lagi satu! nasib baik laa tak de yang mabuk laut..hehe

           Kami sampai di Pulau Pangkor, lebih kurang jam 9 lebih..nak pergi ke chalet pulak,kitorang sewa teksi, yang asalnya van..tapi orang-orang kat sini panggil "teksi"..huhu pelik! perjalanan tu ambil masa dalam setengah jam jugak la..nauzubillah, jalan nak pergi ke chalet, ish ish ish...memang la cik senyum tak dapat lupakan! Macam ular you! Bengkang-bengkok jalannya..pening, pening...

             Akhirnya kami tiba jua di chalet yang ditempah Aiman dekat Teluk Nipah, Nipah Bayview Villa namanya..satu bilik, satu malam RM150.00..agak murah jugak, memandangkan kami datang beramai-ramai..jadi memang tak de masalah di situ.

          Selepas selesainya urusan pembayaran chalet semua, masing-masing perut dah lapar..tapi, apa yang cik senyum lihat, kebanyakan kedai hampir dah nak tutup..kami pun berjalan la lagi, kebetulan pulak hari tu ada persembahan api..apa arhh, nama dia, lupa pulak cik senyum! alahai..macam magic la konon-kononnya, main makan api, tiup api tu dari dekat..bukannya dalam unggun api tau, haha takut salah faham pulak korang nanti! 


          Jalan punya jalan, nasib baik lah ada satu kedai ni masih bukak..memang rezeki abang la kan! huhu..kitorang order tom yam campur, telur goreng dan jugak sayur masak apa yerk? sekali lagi cik senyum lupa! maafkan kami,ewah!

            Haishh, saat ini lah cik senyum paling takkan lupakan seumur hidup, korang ! Cik senyum tertumpahkan air..ke atas cik abg cik senyum sendiri..aduhai, malu tak terkata! Dah la depan member-member sekali..ish ish segan sesangat masa tu..cik senyum pulak, tak habis habis la minta maaf dengan kekasih hati cik senyum tu..nasib baik dia tak de marah sangat..hehe al-kisahnya bukan apa, En.Abu ni suka sangat minum air, padahal makanan belum sampai lagi..air dah tinggal separuh! Saat tu dia nak minum lagi, cik senyum nak tarik cawan dia..entah macam mana pulak, tertepis air cik senyum..adoyy, serius malu sampai sekarang! Sirap Limau ea! Tapi kan, bila diingatkan semula peristiwa tu..buatkan cik senyum tersengih sorang-sorang! hehe..

           Selepas makan, kami semua berjalan-jalan di tepi pantai..ala-ala romantik sikit la kan..hehe ermh, cik senyum tak tahu la pulak pasal diorang yang lain-lain tu..tapi, alkisah cik senyum dengan cik abg sorang nih..ini la kali pertama berdating-dating an di tepi pantai..malam tu, malam terindah sangat-sangat..cik senyum pun tak sangka kami berpeluang berjalan di tepi pantai pada malam yang sangat cantik itu, dengan bersaksikan bulan yang terang, bintang yang bersinar dan laut nan biru ! Malam tu pulak, jadi medan luahan perasaan kami berdua masing-masing..entah bila lagi dapat macam ni kan, cik senyum tak merasai sangat kesedihan seperti yang dialami rakan-rakan lain..tapi memang kasihan la,terutama yang ada couple kan..sebab apa yang untung, cik senyum dengan dia berdekatan je rumah kami, cuma..masa untuk berjumpa terhad, tak seperti masa dalam kolej...

         Cik senyum ingat lagi apa yang dia kata malam tu, banyak yang dibicarakan, tapi, cik senyum takkan lupa antara dua ayat nih..,
"kalau boleh, biarlah cinta kita seperti air laut nih..tenang je.."
" saya suka tengok awak senyum! awak comel sangat! beruntung siapa dapat awak tau!"

         Dan malam pun berlalu pergi, sambil berjalan pulang ke chalet, cik senyum tersengih-sengih sendirian..betapa, diri ini disayangi tulus ikhlas sekali oleh seorang hamba Allah yang hidup di atas muka bumi ini. Serius! Malam itu, malam yang terindah sekali buat kami !


        Pagi itu, selesai menunaikan solat subuh, cik senyum cuba-cuba untuk mendapatkan connection..mana tau kot-kot boleh online kejap kan, namun hampa! memang tak dapat satu pun..kecian! Apa pun tak boleh! hihi..apa lagi, melayan perasaan sorang-sorang la kan..tiba-tiba pulak bunyi guruh! alaa..kami semua plan nak mandi laut dalam jam 8 pagi, tapi..dah hujan! errmmmh, terpaksa tunggu hujan berhenti..itu pun dalam pukul 10 pagi macam tu! Dah dapat jumpa laut, memang tak sedar diri dah! Tapi sebelum tu, aktiviti wajib..jadi sawan kamera dulu,hikhik ! 


        Hurm, ombak laut, walaupun besar! best sesangat dapat main dengan ombak..jauh beza dari pantai Port Dickson yang selalu cik senyum pergi dengan family..pantainya pun bersih sangat! tak sia-sia kami pergi sini!..cik senyum pulak lagi best, tenggelam timbul tenggelam timbul..tak sengaja TERMINUM air laut! mak aihh, memang sedap!..masinnyer, habibi..! Lepas tu, sesi bergambar pulak kat batu-batu di tepi pantai nuh..cik abg sorang ni lewr, excited sangat-sangat..hehe biarlah dia, asalkan dia bahagia..cik senyum pun turut bahagia sekali ! Lepas tu, kitorang main tanam-tanam pulak! yang jadi mangsanya, Abg Sal..heheh gegeh la dok mengorek pasir nuh..tapi sumpaa, syok giler! huhu..


       Lebih kurang jam 2 petang, cik senyum,cik abg,laila,eija terpaksa pulang ke KPMSI..ada masalah sedikit di situ..tak mahulah cerita di sini, biar lah hanya cik senyum yang tahu..yang penting kitorang enjoY! Perasaan sedih tu memang ada lah..diorang pun dah rancang nak buat BBQ malam tu..hurm, tak per lah geng! tambahan lagi, si memey nak kena balik hari ni jugak..mak ayah dia datang ambil petang tu..so, kitorang first trip balik dulu..naik feri lagi! Masa ni la pulak, feri tu..bukannya macam feri malam tadi..best sikit an, boleh lah dapat feel filem Titanic tu..hehe ini feri, kasi gegar itu macam mesin la..adoyy, memang bikin cik senyum pening kot! Sumpaa, fening! diorang ajak tangkap gambar pun cik senyum tak berdaya dah.. sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam tu..cik senyum tidur-tidur ayam la..jangankan nak berdiri, duduk pun rasa tak selesa sangat dah masa tu..


       Sampai je jeti Lumut, diorang kejutkan..serius la rasa tak selesa sangat masa tu..rasa macam nak pengsan pun dah ada! tapi, kuat cik senyum, kuat! cik senyum boleh! hehe..nasib baik la cik abg ni ada, mintak la tolong dia pegangkan beg lagi satu tu..yang cik senyum pelik, malam tadi ok jewr naik feri..apahal pulak siang ni ntah, ohh..mungkin jugak kesan banyak terminum air laut nan masin tu..almaklum la, makan pun belum lagi masa tu kan..memang nak kena cik senyum ni..so, kat sini cik senyum nak minta maaf kat cik abg,laila,eija,memey..sebab dah buat korang risau..but so far cik senyum ok lagi masa tu..boleh boleh pulak kena perli dengan cik abg, " haa, tu la..tengok, awak pulak yang mabuk laut! " hurmm, senyum je la...

       Naik je kereta Myvi yang disewa oleh mereka, dipandu oleh Eija, cik senyum tidur sekali lagi..hahaha :D gelak orang kaya naa..hihi bukan nak meraih simpati, cuma seriusly cik senyum pening lagi..selepas tu, entah ke mana-mana mereka p ntah,..ke sana ke mari, lastly sampai jugak di Teluk Batik!..so, breakfast with lunch kat situ..pulak dah la terjumpa ex-PIP yang lain..Sunny,Cat,Yap,Qaa,Kechik,Eleanor..apa lagi, sesi bergambar sekali lagi..dengan gagahnya, cik senyum pun tumpang la sekaki..siapa tak nak woo..rugi la pulak kan nanti..

       Makan! Semua order nasi goreng kampung yop!..haha air lain-lain la..hah! teringat lagi, kisah malam tadi..alahai, sumpaa tak bole lupa..tapi kali ni terjadi lagi, air bandung kepunyaan cik senyum yang cik senyum nak sedekahkan pada cik abg mengalir sekali lagi..tapi, tak tertumpah semua la macam semalam!..yea la, cik abg kan suka minum banyak-banyak dulu baru makan..kononnnya segan la sangat, nak kena hulur baru minum,mengada! haha..

        Percutian berakhir di sini, kami pun dalam perjalanan ke KPMSI semula..kena hantar Memey dulu..mak ayah dia dah nak dekat sampai, padahal kitorang kat kawasan Manjung lagi..Eija pun bawak la dengan lajunya, sedap betoi anak dara tu bawak..amboi cik kak, awok tengah bawok nyawa-nyawa manusia ni..laila pun bising-bising haha lebih kurang jam 6.30 petang lebih sikit, baru sampai KPM..nasib la pak cik guard yang jaga tu, baik..tak de la nak soal siasat orang sangat kan..selepas tu, nak pulangkan kereta sewa nih..yang tahu tempat kereta tu, Memey jer..tapi, terpaksa la kitorang sedaya upaya mencari sendiri selepas mendapatkan maklumat dari Memey..


       Memang la cari-cari tak dapat, dah call Aiman apa semua..rupanya dekat SIDEC, bukannya Bandar U seperti dinyatakan Memey..hadoy, angin-angin..sabau je lah kami di sini..udah ler, maghrib..ish ish tak elok betul duduk kat luar nih..pusing-pusing, finally jumpa jugak rumah milik kereta sewa nih..tapi, ada satu kemusykilan kat sini..gelap semedang je tempat tu, seram pun ada..hihi kawasan baru nak bangun agaknya!..dah call abg kereta sewa tu, rupanya dia tak de, dekat Ipoh sekarang..ada hal, ermhh..lagi la satu "hot"..tu pun cik abg cik senyum kol an, katanya suara dia macam marah-marah..mungkin sebab kami tak beritahu awal-awal barangkali..hurm, ok! pasal tu tak mahu cerita..biarlah jugak kami-kami je yang tahu..abg tu ckp dia balik dalam pukul 11 malam macam tu..terpaksa la kami tunggu kan, pergi rest, minum-minum kat kedai mamak al-bayan..asalnya cik senyum tak nak minum pun..eija ler dok paksa-paksa..laila pun sekali la tu..order je la ais kosong, bukan apa..cik senyum serius segan dengan mereka berdua..eija pulak, pergi order roti tisu 4..mak, lagilah segan!..


        Lagi satu berita yang membuatkan cik senyum agak terkejut, cik abg cakap , cik senyum kena ikut mak ayah dia naik kereta..dia dengan Abg Sal pulak naik bas, alaaa serius segan..masalahnya kat sini, jumpa mak dia je ok kot, ni kena ikut mak ayah dia balik kampung sekali..hadoyy, sumpaa segan!..jumpa sedara mara dia pulak..lagi la segan mak..huhu namun, apakan daya..cik abg suruh ikut jugak..dia tahu cik senyum tak sihat sangat kan hari tu..lepas lah dia..hehheh


       Jam baru je menunjukkan pukul 9.15pm..nak kena hantar kereta sebab nak tunggu tuan punya milik tuh pukul 11pm baru sampai sini..adoyy, "hot" sekali lagi! Yang cik senyum pulak lagi satu, rasa macam dah sihat sikit dah..entah kenapa, tetiba je..sakit kepala datang balik! grrr..ajak la laila dengan eija duduk dalam kereta..menghabiskan minyak..cik abg pulak, tak habis-habis dok dengan member-member dia dari Teluk Batik tadi..kereta depa bermasalah pulak..padahal kat sini pun dah bermasalah kan..huhu


       Tau tak, ? cik abg datang banyak kali kat kereta, selain tanya pasal kereta nih, tanya jugak pasal cik senyum..cik senyum rasa bersalah jugak masa tu, sebab dah buat dia risau..apakan daya, dah nak terjadi kan..tapi, alhamdulillah..segala-galanya jadi melegakan..tuan punya kereta dah balik, dan kami pun selamat menghantar kereta tersebut dengan harga yang lumayan..lebih kurang 11.30pm..selamat kunjung tiba ke KPMSI semula..syukur alhamdulillah, .. banyak perkara terjadi antara dua hari ini..namun, apa yang penting buat kami..perancangan perlu dilakukan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu perkara!




ANTARA GAMBAR-GAMBARNYA....

Abu , Aiman , Abg Sal, Kak Syikin, Kak Mimi, Eija, Din, Cik Senyum, Finaz, Aril, Memey

credit to : tukang tangkap gambar : 


cik Laila ^^


muka budak-budak tak sabar nak mandi, ahaks!
seee...orang orang tua syok sangat dapat mandi..hahhah   
kami sawan nan kamera !
bergambo kat sini pulekkk...
 
tanam abg sal! tkot erhh,bgn2 mcm zombie!!! LARI!!!!


  



Monday, November 14, 2011

AL-KISAH 11/11/11


K1-A4-12 !!!

Assalamualaikum semua!
5 Julai 2011..hari pendaftaran pelajar baharu KPMSI batch July-Dec 2011..cik senyum punya kunci tertera seperti di atas..

Masa tu..cik senyum dah risau sebenarnya..macam mana la dapat kawan roommate ni kan?.. almaklum aje, cik senyum baru pertama kali duduk asrama..jauh dari keluarga..memang tak tau apa-apa la kan..

Tapi..tak siapa menjangka..
  • Alya Rodoan
  • Atiyah Adilah Aziz
  • Nabila Aziz
  • Natira Norderi
diorang memang the best..
namun, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan bukan? dengan tercatatnya sudah 11 Nov 2011..pertemuan kami hanya sampai di tarikh ini..segala kenangan yang tercipta di dalam bilik A4-12, memang cik senyum tak dapat lupakan..

I LOVE YOU ALL UNTIL MY LAST BREATH!






Sunday, November 06, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..kali ni cik senyum masih lagi berpeluang menemui aidiladha..
Jika nak diikutkan, cik senyum tak mungkin jugak akan berpeluang beraya bersama keluarga tercinta atas komitmen belajar..almaklum je lah, insyaallah 8-11 november ni cik senyum akan menempuhi peperiksaan terakhir sebelum cik senyum "get lost" dari KPMSI..hihi

    Nak difikir-fikirkan, rasa macam tak sanggup nak keluar dari KPM..terlalu banyak kenangan suka duka terjadi di sini..daripada terjalinnya sebuah ukhwah persahabatan..sehinggalah timbulnya bibit-bibit percintaan..opss, yang tu tak boleh cerita lama-lama..bahaya! hehe.. Daripada kau menyombong-nyombong dulu..tersenyum sumbing sudah sekarang..haha kelakar kan?! tapi tulah realiti kehidupan..

Baiklah, cik senyum cuma nak satu jer! " Boleh tolong doakan cik senyum berjaya mnjawab semua soalan dengan mudah dan cemerlang? " harap-harap boleh sesangat...terima kasih bebanyak!

Assalamualaikum!