Friday, September 30, 2011

IT'S HAVE BEEN ALMOST TWO WEEK!

Assalamualaikum! Macam mana hari-hari korang sebelum ni? Penuh dugaan? Penuh cabaran? ..
Yup! cik senyum pun sama la jugak..dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun hari tu,alhamdulillah cik senyum lulus keempat-empat subjek! Takut jugak sekiranya cik senyum tak dapat beri komitmen yang terbaik kan..tapi,segalanya terbukti kini!..
       
            Memang agak ketensionan di sini,hafazan untuk satu surah tu,lecturer dah kasi buat..almaklum tempoh dah tamat..tapi,apa salahnya kalau beri kami peluang sekali lagi..macam ni ke cara seorang lecturer?..bukan cik senyum sorang je tak dapat buat..ramai lagi yang diajar olehnya tak dapat buat hurmm..
       
 Drama lagik! haishh..banyak benor cik senyum nak kena fikir ni..mana taknya dah nak akhir-akhir bulan kan? Jap! tinggal lagi berapa bulan je cik senyum akan berada di KPMSI ni..tak ku sangka tak ku duga..setiap pertemuan pasti berlaku perpisahan bukan? lepas ni tiada la lagi orang-orang yang sama di sekeliling cik senyum..alaaa sedih tahu!
        
             Assignment lagi! ahahhaaa..uwaaaa..memang nak menangis fikir semua ni..itu la cik senyum tangguh lagi kerja..kan dah berlambak-lambak..habis-habis..tapi,nasib baik la kawan cik senyum ni ada tolong sekali..

Tapi! Bila fikir pasal si dia,cik senyum rasa tenang jep! Sungguh..cik senyum sayang amat dengan dia! cik senyum sebenarnya takut nak bercinta, tapi semenjak kehadiran dia membuka hati cik senyum..cik senyum mula belajar apa itu cinta?..Cinta itu bukan memandang pada paras rupa,paras badan mahupun kecantikan..cinta itu berdasarkan HATI yang ikhlas lagi suci dan murni untuk berkongsi kasih sayang dengan orang itu..cukup lah bermadah cik senyum oit! hehe

           bercinta-cinta jugak..belajar-belajar jugak..ingat tu! our target Pass with an Excellent for PIP! insyaallah!


Thursday, September 22, 2011

BAHAYA MELANDA ! haha

Assalamualaikum semua! Harap-harap semua sihat di pagi Jumaat yang mulia ini..malangnya,cik senyum pulak ditimpa selsema..haishh nasib la..punya la semangatnya pergi kelas BI-Sir Hamzah pagi ni,alih-alih kitorang tak de kelas hari ni..hushh on the way pergi kafe, ternampak la pulak sayang-sayang cik senyum tu..dah macam kebetulan pulak,hari ni cik senyum pakai baju kurung warna coklat,dia pulak pakai kemeja coklat,ahakss..haha
             
            Sedar atau tak,alhamdulillah dah seminggu dua hari kami berkongsi kasih sayang..dari tarikh 15 September yang lalu hingga lah saat dan detik ini..cik senyum betul-betul sayang dekat dia..dan cik senyum pun yakin dia jugak sayangkan cik senyum..tambah-tambah pulak dia pandai dalam subjek Matematik,memang la cik senyum rasa satu kelebihan dapat diajari olehnya..beruntung,beruntung..memang la semenjak dua menjak ni cik senyum asyik tersenyum jep..

             Sekarang dah bulan 9 kan? So, tinggal berapa bulan je lagi cik senyum dan rakan-rakan lain bakal melangkah keluar dari KPMSI ini..hurmh sedih la pulak..yang pentingnya,segala memori suka duka akan tersemat jua di minda dan hati ini..

              Tambah-tambah lagi,kenangan bersama si dia lebih menguatkan lagi memori-memori yang indah..kenangan berbasikal,kenangan joging..haishh macam-macam lah..ohh yep,kenangan dalam bilik kuliah,dewan kuliah..kenangan kena perli dengan lecturer..Ya Allah,indahnya segala-segala ini..

               Minggu lepas lagi syok,daripada hari Jumaat sampai la hari Selasa,cik senyum asyik berbasikal jep..hihi kalau ikutkan cik senyum dah lama tak berbasikal ni,tapi bila dah hari-hari naik..jadi ketagih..ketagih yang menyihatkan bukan?..Rabu hari tu,KPMSI buat event Sambutan Raya Aidilfitri..petang tu pulak,open house asrama siswa..memang la ramai siswi-siswi ke sana,,memang meriah! cik senyum pun turut sama memeriahkannya,apa lagi cik senyum dan kawan-kawan beraya ke bilik sayang-sayang cik senyum la kan..hikhik

               ok lah,cukup sampai di sini..banyak cerita lagi kalau nak ikutkan..tapi cik senyum dah tak larat nak menaip..selsema la katakan,hurmm lepas ni tinggal nak fikir pasal drama untuk last sem. sebelum kami semua habis PIP dan jugak assignment agama..!

p/s : saya sayang sama kamu .. <3

Saturday, September 10, 2011

BERAKHIRNYA CUTI RAYA...

Assalamualaikum ! Harini 11 Sept. kan,kan? Maka dengan ini , cuti raya berakhir di sini ..
ermmhh , terasa macam malas nak balik pulak .. tapi rindu dengan semua kawan-kawan KPM ..
tambah-tambah lagi yang sebilik dengan aku .. Alya,Acik,Kechik dan jugak Mek ..
haishh tak sabar nak jumpa korang .. paling best status Kechik kat FB, tak saba nak tido sama-sama lepas habis semua kelas .. ahaha :D yup,yup..benda-benda macam ni la lebih mengeratkan kami .. everything we are doing , we will do it together-gether .. huhu

Harini pun,tak sabar nak merasa mak korang punya kuih raya,ahaha kan kita dah janji kan,nak bawak kan? kan,kan? mesti bawak eeaa..lepas ni kehidupanku, bersama dengan korang jepp .. makan,mandi,belajar,tidur .. semua sama-sama.. huhu kalau nak ikutkan lagi berapa bulan je kot, kita semua akan bersama-sama .. lepas ni,bertemu orang baru pulak .. dah lain ..

Untuk orang tu pulak , tak sabar nak jumpa awak ! Apa-apa pun .. harap awak dalam perjalanan yang baik-baik .. dan jugak, terima kasih sebab  awak sentiasa bagi perhatian pada saya .. i will appreciate what did you have done to me ! thank you so much <3 !

PIP A ! ahaa..rindu korang jugak ! esok kita jumpa dekat BK yup ..
Bella,G-ha,Abby,Kak Ika,Kak Wawa,Aisyah,Lya,Nyna,Eyfa,Baby,Farhana..
budak-budak lelaki pun sama..tak sabar nak jumpa korang lepas nie..
hope kita semua dapat belajar sama-sama lagi !

ok laa..tengah hari ni..cik senyum akan naik tren ETS ke Batu Gajah..sorang-sorang,ermmhh :(
harap korang semua dapat doakan cik senyum selamat pergi yepp..
sampai ketemu lagi ! <3

Thursday, September 08, 2011

BETUL KE NIE ?

         hee..assalamualaikum..rajin pulak cik senyum update blog kan? tak pe..sementara masih cuti ni kan..kita perlulah menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin..tak gituh?

         huhu..story hari ni..fresh lagi..belum ada tanda-tanda nak lemau yer! hihi..okey! tadi petang..cik senyum keluar lagi jumpa kawan baik cik senyum lagi sorang ni..khabarnya,dia bakal ke uitm bulan 11 nie..tahniah kawan! so nak lepaskan rindu sebelum balik KPM,jumpa dia kat Selayang Mall..bukan setakat kawan baik cik senyum sorang ni,tapi jugak..seseorang! ok,,ini adalah first time cik senyum keluar bersama dengan rakan lelaki..memang tak pelik pun,tapi,pelik bagi cik senyum!

          wooww,,great! kawan cik senyum dah pandai ber-style kot..siap pakai pashmina ala-ala Hana Tajima gitew..mantop tu kawan..like lah! dia? simple,,buat ada style-lahh..huhu

          ok,,berbalik pada tajuk post ini..cik senyum bukan nak bangga atau apa..tapi cuma nak kongsi rasa je..mungkin ramai yang rasa pelik,,"cik senyum takut bercinta"..anda pulak? mana taknya,berdasarkan pada pengalaman yang cik senyum kutip dari rakan-rakan sekeliling..ada yang indah,ada yang memeritkan..kalau indah tak pe..cik senyum boleh terima lagi..kalau memeritkan? ohh..apa yang mereka rasa,itu jugak yang cik senyum rasa..hurmm cinta,cinta...

           Tapi! itu lah realiti..memang setiap manusia takkan pernah lari dari mencintai seseorang..bukan hanya manusia sahaja yang kita dapat mencintai..tetapi,begitu jua dengan cinta kepada Allah..pada pandangan cik senyum,walaupun kita dapat merasai cinta daripada seseorang itu,,sentiasa berpada-pada,lebihkan cinta kepada-Nya..baru kepadanya...enough!

            buat masa ni,berkawan mungkin adalah yang lebih terbaik! mengenali hatinya perlahan-lahan..tak salah rasanya,tak perlu terburu-buru..yea,itu yang bakal cik senyum lakukan!

             Doakan lah,agar cik senyum dapat bertahan dengannya..bukanlah terlalu mengharap,namun,biarlah ia sampai ke tempat yang sepatutnya,bukan dengan..kawan-putus,kawan-putus..tidak! itu bukan cara cik senyum. FullStop!


           


Tuesday, September 06, 2011

BARU SEMINGGU RAYEWW :)

Assalamualaikum ! masih beraya lagi ke ni? yer..beraya dengan assignment kan?! terbaekk !! haha..
cik senyum pun ada lagi assignment yang belum siap..malasnya nak buat aishh..tak buat  karang,ado yang kono kang..ahaha bukan takat tu je,projek kena buat drama lepas raya nanti pun, satu apa tak buat lagi..adoyy,geram sikit la dengan kumpulan cik senyum ni..berbuih mulut cakap..hurmmhh nak kata menyesal kang,tak baik la pulak kan..

So,raya pertama cik senyum dan keluarga berhari raya di rumah mak cik sedara.Dekat mana eh? haa..Pandan Indah..jenguklah kejap kan,suaminya dalam kondisi yang tidak mengizinkan..baru je lepas keluar dari hospital,di kesempatan ni baru cik senyum dapat berjumpa dengannya.

Raya ke-2..baru la balik kampungku satu-satunya Kalumpang,Ulu Selangor..,konvoi 2 kereta dengan abang..agak tak best sebab lagi sorang abang cik senyum tak dapat nak follow..kena kerja la pulak kan..nasib-nasib :'(

Raya-raya seterusnya,cik senyum sempat beraya sekitar sini je..had masa menghalang segala-galanya..cuti 2 minggu an,tak puasss..habis cuti raya,budak-budak dah sekolah..yang masuk U pun dah masuk..yang KPM nie je cuti lebih..hihi sila jangan cemburu yup! 

Anyway dapat jumpa dengan member gila-gila kat sekolah, memang the best ! Dah berapa bulan tak bersua muka dengan diorang kan..seriously,rindu sesangat! paling terkejut salah sorang tu, berubah betul penampilannyer..bukan dari baik ke buruk,malah sebaliknya yang berlaku..apa-apa pun alhamdulillah syukur pada-Nya !

cukup sampai di sini..kita berjumpa lagi..
kepada roommate cik senyum A4-12, tak sabar nak jumpa korang balik..

jom preview sikit, tengok gambar..tak banyak pun..chillss


Saturday, September 03, 2011

SERONOKNYA !


Assalamualaikum semua !
cik senyum nak cerita ni..cik senyum baru je pulang dari jalan-jalan kat kompleks membeli-belah kat tempat cik senyum..uhuhu memang rasa lain macam lah kan..al-maklum ler hampir 2 bulan tak menjejakkan kaki ke sini..

tapi hari ni,berbekalkan kudrat yang cik senyum ada..tambahan lagi,kawan-kawan cik senyum pulak mengajak ke sana..apa lagi,tersenyum sumbingh cik senyum nih..haha tambah-tambah di kesempatan ni jugak cik senyum nak berjumpa dengan kawan baik cik senyum!

memang lah satu kompleks tu kitorang pusing,sambil berjalan tu sembang-sembang lah pasal kolej masing-masing,pasal lecturer,pasal tu pasal ni..agaga memang best gila sembang-sembang dengan diorang tadi..terus hilang tension asyik cuci pinggan kat rumah,hehe :D

alang-alang dah masuk bookshop POPULAR,cik senyum rembat la satu novel..nanti nak bawa pergi kolej sana,senyap-senyap..haha dapat ke? Novel kali ni cik senyum rembat karya Aisya Sofea yang terbaru-UDA&DARA..sinopsis agak menarik! harga berpatutan ! muka depann pun not bad tunggu lah cik senyum habis baca ekh..huhu komen akan diberikan nanti..kepada yang berminat ataupun yang dah baca,kongsi-kongsi la apa yang korang rasa ekh!

ok berbalik pada kisah cik senyum dan kawan baik cik senyum tadi..anggaran jam 5 petang tadi,kami berpisah di bus stop..seorang lagi kawan cik senyum nak balik kolej dah esok..tu yang nak jumpa dia sesangat hari ni..kalau tak,jangan harap la yerhh..ngehngeh

akhir kata,biarlah persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..
thanks Syud , Iera .. ILYSM frens !