Saturday, April 14, 2012

HAIIIII :)

Assalamualaikum !..

Hurm, dah lama betul tak update blog kan ? Asyik melayan FB jeaa, kesian blog nie.. Dah bersawang berapa bulan ntah ?..

Okeaa, harap harap semuanya sihat walafiat..

Semenjak belajar di KPMB, masa tu memang terhad.. Dengan assignment, aktiviti2 yang disertai.. KOKO lagi.. hurmm, memang busy betul..

Memang sampai kekadang rasa tension, rasa nak pergi jauh2..

Tapi, kalau pegi jauh, kalau problem boleh hilang sekali.. tak pe la jugak, kalau tak boleh sia2 je la kan.. heee

Harini 15 hb kan ?.. So, Happy 7 month anniversary sayang saya.. Abu Salam.. :)

There is nothing i have to say for you, just THANK YOU for everything my dearest, i love u 'till jannah , Insyaallah :D

15 September 2011 - 15 April 2012

Saturday, January 21, 2012

3 MINGGU DI KPMB

Assalamualaikum !.. harap-harap semua sihat la yea.. cik senyum ni pun, baru je baik dari demam + selsema + batuk2.. entah lah, musim kot orang demam sekarang kan ?..

Erm, apa perkembangan korang yea sekarang nie ? bertambah baik ? atau.. kekurangan di situ ?.. cik senyum.. setakat ni alhamdulillah baik la sikit..




Japp, orientasi kali kedua macam mana cik senyum ? oke.. lagi tough sini dari sana yup.. tambahan, aktiviti dia tak berapa best sangat.. tapi, harus diberi pujian jugak laa.. sebab apa eikh, bagi mereka semua.. OC-OC (orientation committee) .. setiap aktiviti kami diselitkan dengan falsafah sesuatu..

Cerita pasal KPMB!.. oke, 1st thing cik senyum nak katakan disini ialah.. sangat berbeza dengan KPMSI.. yea la, sebab dah terbiasa dengan KPMSI kan ?.. lagi pun KPMB bangunan dia dah lama.. berbeza dengan SI.. nampak baru sikit.. KELAS ? DBS 1 Set 1.. DBS, ada 2 kelas je.. kelas cik senyum ada 16 orang pada permulaannya.. dan bertambah 2 orang pelajar baru.. bermakna sekarang, dah ada 18 orang la iyerr.. MEMBER KELAS ? setakat nie depa semua oke.. cuma, ada la certain2 part kureng best sikit kan.. but, never mind.. cik senyum as an assistant class wrap will try to make our class "ceria selalu".. waahh, cik senyum penolong yea ? mengimbau zaman darjah 6 ke nie ? ahakss.. penolong kelas untuk satu semester yang bersamaan dengan 5 bulan sahaja.. hehe LECTURER ?.. hurm,, semua gila2 and sporting sesangat taw! tak sia2 mendapat didikan bersama mereka..


ASKAR WATANIAH, KELAB KOIR, KELAB PERDIQMA..
askar wataniah ? woaahh, antara unit koQ yang agak tough berbanding JPAM dan BOMBA.. but, its oke.. cik senyum nak jugak try.. tapi, depa buat pemilihan untuk 6 bulan dulu.. alaa kalau tak dapat macam mana ?.. nak jugak, nak jugak ! harap2 dapat.. amin..
kelab koir ? heee, rindu2.. dulu masa sekolah ada la masuk.. tiba2 kat sini ada pulak kelab koir.. apa lagi join laa..hehe
perdiqma ? apa tu? Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional Mara.. ala ala aktiviti dalam bahagian surau..tapi cik senyum ambil bahagian Biro Makanan,Peralatan dan Ekonomi..

  FATIN SHARMAINE NIZAM..
macam korean kan ? peminat K-pop no. 1 .. :D
antara kawan yang paling cik senyum rapat sekali dalam kolej ni.. tambah-tambah lagi kami satu bilik kan ?.. duduk area situ je cik fatin nie.. suke kot kawan dengan dia.. sempoi abes.. simple.. hurmm, harap-harap kita dapat jadi kawan laa nanti yep.. sayang awak kawan.. hehe

bilik 106 .. DBS 1 (1) .. harap korang semua dapat menceriakan hari-hari cik senyum.. :D

Saturday, December 31, 2011

1 Januari 2012 .. :)

assalamualaikum ! ..

pejam celik pejam celik .. ehh, dah masuk tahun baru rupanya.. dah tahun 2012 dah pun..

ermh, bagi cik senyum kan.. tahun 2011 nie memang banyak sangat kenangan manis yang tercipta..
lagi, adat laa kan kalau ada manis mesti ada perasa lain-lain jugak.. hehe

jadi, apa azam korang untuk tahun ni ? ..

azam cik senyum ? ..

ermh, tak lebih dan tak kurang.. cik senyum cuma mengharapkan tahun ini memberikan lebih sinar buat cik senyum.. alhamdulillah kan, cik senyum dapat sambung Diploma in Business Studies dekat KPM Beranang.. jadi, cik senyum berharap moga cik senyum dapat membawa bidang ini dengan lebih baik lagi , amin.. korang doa-doakan sekali tau .. :)

lagi, .. cik senyum berharap semoga perhubungan antara cik senyum dan " si dia " akan berkekalan lama walaupun selepas ini kami akan menghadapi dugaan Cinta Jarak Jauh (CJJ).. redha jea la kan.. chilllaxxx !

ermh, korang tau tak.. tahun 2011 nie.. banyak perkara "pertama kali" cik senyum hadapi..

al-maklum laa, cik senyum ni anak emak !.. baru sekarang ni laa nak merasa dunia remaja..

The best thing is : -
  • 26.12.10 sampai 26.05.11 .. lama kan ? 5 bulan ! .. cik senyum kerja sebagai part-time shoes promoter.. brand : scholl .. alahai, kasut mak-mak kita yang mahal-mahal gituh.. juga dikenali sebagai kasut kesihatan..
  •  Hasil dari duit gaji yang cik senyum dapat tu, cik senyum dapat la tampung belanja makan hari-hari.. selain dari tu jugak, cik senyum berhasil membeli Nokia C3 warna purple yang cik senyum tengah gunakan sekarang nie..
  • Azie dan jugak Nisa, diorang member terbaek cik senyum sepanjang kerja nie.. diorang laa yang mengajar cik senyum pergi karaoke dan jugak, tengok wayang ! oke, cik senyum mengaku.. itulah kali pertama kali cik senyum pergi panggung wayang oke, betapa kunonya .. :D first filem yang cik senyum tengok masa tu, genre seram . Senjakala.. lakonan Zahiril Adzim dan jugak Liyana Jasmay.. :)
  •  Dah kerja kan, banyak la jumpa mamat ensem, mamat cute.. hehe dan cik senyum tak pernah terlepas dari menyukai seseorang insan itu.. namun, tiada apa yang terjadi antara kami oke, hanya kawan sekerja! bukan apa, cik senyum suka sangat tengok muka dia, cute laa ya amat.. sampai kan " si dia " yang ada sekitar situ pun, cik senyum tak pandang sangat.. hehe
  •  05.07.11 .. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak ! .. alhamdulillah, selepas mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan masa bulan Mac yang lalu.. ayah cik senyum tolong mohonkan kolej ini untuk cik senyum..pertama kali berjauhan dengan keluarga, pertama kali dalam hidup duduk asrama..! tak de la sampai nanges-nangis kan.. mungkin sebab cik senyum dah biasa pergi kem kan, so.. macam takde masalah le di situ..
  •  orientasi yang memenatkan selama seminggu !.. tapi, banyak benda yang kitorang dapat belajar dari situ.. persahabatan, kerjasama.. macam-macam lah.. cik senyum punya group nama dia, ANGSA !.. rasa macam, antara group yang tak berapa nak hot.. hehe tapi fasi kitorang tu HOT taw dalam kolej ni, nama dia.. Abg Asri.. peramah tau abg tu! sampai dah habis orientasi pun dia still tegur cik senyum.. alahai, terharu.. kat sini gak, macam-macam jenis tepuk2 amai2  kitorang belajar.. pengalaman kena denda, kena simbah air.. kena paksa, ergghh memang perit.. ni pun, cik senyum kena tempuhi lagi orientasi untuk kali kedua.. kita tengok macam mana nanti wokeyh ! (ntah ntah lagi kejam, errhh)
  •  Bilik K1-A4-12 !! Alya, Nabila, Natira, Atiyah, antara bilik paling famous pada awal-awalnya..hehehe famous sebab apa taw, bilik kitorang ni macam jadi bilik luahan perasaan.. kitorang la jadi mentor-mentornya, jadi pakar motivasi..haha tak pe, jadi pendengar setia itu bagus !..
  • PIP. A ! Abby,Kechik,Pak Long,Shin Bei,Pian,Ateh,Najmi,Afnan,Saiful,Amin,Fahmi,G-ha,Aishah,Eyfa,Nyna,Bella,Farhana,Miera,Lia,.. dan jugak 2 orang kakak kami, Kak Wawa dan Kak Ika.. 21 orang! Sometimes diorang ni gila-gila tau, sometimes too serious..and sometimes blurred! haha.. macam-macam kan perangai kami semua.. but, they are the best!..
  • Sir Hamzah & Madam Raftah.. lecturer the best bagi cik senyum!.. Pandaikan diorang ni bersandiwara.. masa mula awal perkenalan dulu. ya habibi garang macam singa!.. dengan Sir Hamzah yang asyik dok perli-perli orang melayu.. dengan Madam Raftah hang hatinya kitorang kena jaga betul-betul, kalau tak alamatnya jangan harap la esok ada kelas, oke! Tapi, paling cik senyum tak akan lupa sekali, saat kena bahan dengan Madam Raftah pasal cik senyum dan si dia..heee, hari-hari kena bahan tau, rinduu ! <3
  • Lecturer yang lain-lain pun best jugak !.. En.Zul, Ms.Ilyani, Ms.Syahda, Ms.Fara, Madam Linda, dan jugak Ustazah Sharifah..setiap lecturer tu, bagi cik senyum ada je kisah diorang tersendiri.. En.Zul dan jugak Ms.Ilyani dah pun selamat bertunang.. Ms.Syahda tak berapa rapat sangat.. Ms.Fara pulak still belajar lagi.. Madam dan Ustazah ermh, pun tak rapat sangat..
  • PIP. B ! cik senyum pun rapat tau dengan diorang.. semenjak kelas kitorang bergabung masa kelas Math-Madam Raftah.. kelas Drama-Ms..Syahda.. Speaking-Madam Linda.. semenjak tu la mula mengenali mereka.. tambahan lagi, lepas cik senyum couple dengan " si dia ".. lagi-lagi la bertambah rapat.. :D takkan lupa jugak pada budak-budak kelas PIP.B.. Laila,Eija,Nad,Finaz,Kak Mimi,Abg Salihin.. antara yang terapat di sana..
  • 15.09.11 .. dari mata turun ke jiwa, dari teman menjadi cinta.. lirik Carta Hati by Najwa Latif.. yup, itu lah yang terjadi antara cik senyum dan jugak si dia.. setelah sekian lama kenal dari tempat kerja dulu sampai la terjumpa dekat kolej semula.. tak tahu pula cik abg sorang ni menaruh harapan pada cik senyum.. hehe apa-apa pun, cik senyum nak katakan, inilah kali pertama cik senyum bercinta .. dan ianya, sangat TERINDAH ! <3 <3 <3
  • 11.11.11 .. cantik kan tarikh tu ?..! Tarikh tu tarikh keramat buat kami semua, hari perpisahan kami semua.. sedih memang sedih.. namun, segala memori yang tercipta sangatlah menusuk qalbu.. petang tu jugak, selepas dah habis jawab exam, dah selesai jamuan untuk pelajar PIP.. cik senyum dan jugak rakan-rakan yang lain gerak ke Pulau Pangkor, entry yang lalu hari itu.. pertama kali bercuti dengan rakan-rakan..
erm, setakat tu.. cukup la kan.. 2011 , memang meninggalkan banyak memori buat cik senyum.. semoga, dengan kehadiran 2012 ini, kehidupan cik senyum dan korang semua akan lebih bersemangat lagi .. ! aja aja fighting ! ..



Sunday, December 25, 2011

PENGKALAN BALAK, MELAKA ..

        Assalamualaikum! ermh, harap-harap kalian semua sihatlah handaknya.. cik senyum di sini seperti biasa sihat selalu.. tapi haritu, tak de lah jugak.. masuk awal bulan 12 jea, masa mula-mula masuk kerja tu kan.. diserang demam pulak.. biasalah virus kerja.. hehe Hurm , petang tadi lebih kurang jam 4.30pm.. cik senyum, mak abah, adik dan jugak abang cik senyum, selamat tiba di bumi Selayang..

        24 Disember 2011.. setelah sekian lama tak bercuti, kini tibalah masanya !.. rancangan last-last minit.. tu pun sebab abang cik senyum yang dah kahwin tu ajak sekali ke Melaka.. dia ada pertandingan memancing dengan kawan-kawan dia.. diajaknya la kami semua ni sekali untuk bercuti.. dah alang-alang tu kan.. pergi jea la, walaupun menghadapi banyak rintangan sebelum ke sini.. dapat lepas ke Melaka ni pun, sebab pakai kereta abang cik senyum yang lagi sorang tu.. almaklum la dia baru beli kereta, Proton Saga 1.3.. kalau tak, jangan bermimpi la dapat tengok laut lagi cik senyum..

        Pagi tu, kami bergerak lebih kurang jam 8.30am macam tu.. sarapan dekat RNR Sg. Buloh.. cik senyum makan nasi lemak plus with Teh Ais.. memang favourite dah kan.. mak pun dah tau sangat.. dah makan apa semua, gerak semula ke Melaka.. melalui lebuhraya Guthrie.. jalan ke Shah Alam tu.. baru la masuk ke Highway Utara Selatan.. nasib baik jalan hari tu tak de jem sangat.. jem kat satu tempat je pun, tu pun sebab ada kemalangan kecil melibatkan kereta.. biasalah orang Malaysia kan.. asal nampak excident je, mula la slow semedang jea dok usya-usya sekali.. usya then tolong boleh arh citer, nie tak.. sibuk jea kan.. ish,ish..

        Finally, dalam pukul 12.30pm.. sampai dah pun Pengkalan Balak, Melaka.. sebenarnya cik senyum jarang dengar tempat ni.. tapi sebab dah nampak laut.. tak pikir apa lagi dah.. nak mandi jea! hehe.. check-in tempat penginapan kami, Restu Resort yang abang cik senyum sewakan tu..yang kurang bestnya pulak.. tengah haritu hujan lebat.. lebat sesangat.. ingatkan bilik kitorang semua sekali, rupanya tak.. cik senyum and our family satu bilik besar, ada dua katil size king.. bilik akak ipar pulak, satu katil king size satu lagi single size.. not bad la resort dia.. perut masing-masing dah lapo sebenarnya.. tunggu hujan redha sikit.. kitorang pun pergi la cari kedai makan, ehh tak.. follow jea akak ipar pergi kedai makan tu kan.. dia dah pernah datang sini dulu-dulu..

        Lepas tu, kembali semula ke resort.. tak lama lepas tu hujan berhenti sudah.. apa lagi, adik cik senyum pun dah bising-bising kan asyik mengajak mandi jea..

oke la.. cik senyum dah tak larat pulak dah nak bercerita ni.. kepala pun dah rasa macam lain je nie.. rasa macam kena tarik dengan bantal je.. hehe oke la.. layan je sikit gambar kat bawah nie.. roll down..


cik senyum with mak abah adik n anak buah tercinta, Zahraa..


abang cik senyum with his family..

abang cik senyum yang ke-2 pulak dengan anak buah kesayangannya..
abang lah bawak kereta, nak harapkan abah pun, abah tak larat sangat nak drive jauh-jauh.. nak harap cik senyum? lagi lah tak, lesen pun tak de.. reti duduk dalam kereta ada la.. hehe


Last pict. ! .. gambar owner mesti ada kan ? .. masa ni tengah dok melayan laut yang terbentang luas tu.. sambil mengenangkan malam masa di Pulau Pangkor.. kenangan tu bagi cik senyum, terindah sesangat.. cik senyum tak mungkin dapat lupakan sampai bila-bila.. cik senyum akan ingat apa yang kami bicarakan malam tu..
* err, cik senyum nampak kurus sikit tak ? heee..
~ ~ ~ Pengkalan Balak, Melaka.. 24.12.2011 & 25.12.2011.. percutian bersama keluarga kali terakhir untuk tahun 2011.. cik senyum harap, akan ada lagi percutian seperti ini untuk tahun depan.. moga-moga ada rezeki.. walau apa pun, kenangan Pulau Pangkor tetap dalam ingatan.. <3




Sunday, December 18, 2011

18 DIS. 2011 - ADA JODOH KITA JUMPA LAGI !

Assalamualaikum .. semoga sihat semuanya ya !

 Biarlah hari ini menceritakan segala-galanya .. selepas sebulan tak bertemu , hanya mesej dan panggilan menjadi pengubatnya .. hari ni , cik senyum berkesempatan jumpa dengan dia .. plan kitorang hari tengok wayang ! .. oke, seriously .. sepanjang kapel , ini kali pertama tengok wayang dengan dea .. asalnya , dia tak nak tengok lagi citer tu sebab dah tengok kan .. tapi, dah tak de cerita yang lain .. terpaksa la jugak dia temankan cik senyum tengok .. cerita yang cik senyum tu , memang tengah meletop di pasaran la sekarang nie ..

~ OMBAK RINDU ~



oke..serius cik senyum cakap..jujur yea..cik senyum mengaku cik senyum banyak kali mengalir mata tengok scene dalam nih..setiap skrip dia, menyentuh jiwa dan raga cik senyum..di tambah lagi dengan lagunya ,nyanyian Adira & Hafiz ..memang menyentuh hati wanita cik senyum..si dia ? cik senyum perasan laa, dia pun hampir2 nak mengalir jugak..tapi ye la lelaki, perasaan mereka lain .. tabik laa, lakonan diorang memang best !

Lepas tu, cik senyum temankan dia gunting rambut..keluar dari bangunan Selayang Capitol, dia bagi cik senyum ..

teddy bear , 
ala-ala macam nie laa ..
comel an ?
thanks awak tok teddy bear comel tuh .. saya akan jagainya sebaik mungkin ..

 
cik senyum tak tau nak cakap apa lagi, yang penting hari ni..banyak pertama kali yang terjadi..
pertama kali jalan kaki ke Slyg Capitol , pertama kali belikan tiket wayang , pertama kali tengok wayang dengan si dia , pertama kali temankan dia gunting rambut , segala-galanya ..

awak , mungkin hari ini pertemuan terakhir kita sebelum masing2 pergi belajar..saya harap awak jaga diri elok2..ingat segala nasihat dan kata-kata yang saya berikan..apa2 pun, awak terbaik untuk saya sayang..semoga hubungan kita berkekalan lama..amin .. :)

Friday, December 09, 2011

ALHAMDULILLAH , TAHNIAH CIK SENYUM !

Assalamualaikum semua ! .. harap-harap semuanya sihat la hendaknya ..  tau tak, keputusan peperiksaan akhir tahun yang cik senyum dan jugak rakan-rakan cik senyum lain jawab tu , dah keluar..alhamdulillah, result cik senyum .. lulus .. ada 4 subjek kan? cik senyum berjaya perolehi 1A 3B..oke la tu kan, walaupun tak gempak macam rakan-rakan yang lain .. namun, cik senyum berasa puas dan bersyukur kepada-Nya kerana telah memberikan keputusan yang sangat memuaskan untuk cik senyum .. alhamdulillah jugak kepada si "dia" sebab berjaya juga dia menyambung pengajian diploma ..
untuk cik senyum ,, 

KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG, SELANGOR..
DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES (DBS)..
TARIKH DAFTAR : 3 JANUARI 2012
JAM : 8:30 AM

 si "dia"

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR, JOHOR..
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY (DIA)..
TARIKH DAFTAR : 3 JANUARI 2012
JAM : 8:30 AM

believe in .. ini lagi satu hal .. cik senyum dan si dia akan berjauhan ! ohh tidak ! .. mula-mula kan, cik senyum memang tak boleh terima pasal nie .. seolah-olah semangat cik senyum hilang .. tapi lama-kelamaan , dia pujuk-pujuk cik senyum apa semua .. alhamdulillah sedikit demi sedikit cik senyum cuba untuk menerima .. kata orang, inilah namanya dugaan dalam percintaan, bukan ? mak pun siap berkata lagi " biarlah berjauhan , asyik hari-hari berjumpa , nanti bosan pulak kan ?" 

yea..cik senyum cuba terima dan memikirkan kembali kata-kata emak cik senyum tu..ada kebenarannya di situ..hmm, sedar tak sedar..dah hampir 3 minggu kami tak bersua muka, hanya sms dan panggilan yang menjadi pengubat rindu kami .. ini bermakna, cik senyum dan si dia sebenarnya sedang mengalami proses latihan untuk tidak berjumpa selalu bukan ? bermakna jugak,  kami pun berjaya la harungi semua ini .. alhamdulillah ..

k1-a4-12 ? mek , nad , achek .. tahniah , diorang dapat tempat yang sama sekali lagi .. KPMSI .. alya pula , satu kolej dengan si "dia" .. mek dapat kos f&hnd business marketing , achekk dengan nad pulak , diploma in international business .. alya , sama kos dengan si "dia" .. cik senyum dah pesan awal-awal dekat alya , tolong tengok-tengok kan si "dia" .. jadi spy dia .. hehheh tak lahh .. cik senyuum still percaya pada si "dia" taw ..

apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada semua ex-PIP yang berjaya memperolehi keputusan dengan baik sekali dan berjaya melepasi kuota untuk menyambung ke pengajian diploma.. moga-moga selepas ini kalian semua berjaya menamatkannya dengan penuh tersenyum bangga.. amin ya rabbal alamin ..

p/s : kepada si "dia" .. semoga awak tabah harungi segala-galanya .. kekalkan kesetiaan , kepercayaan , kejujuran dan kasih sayang awak yang tulus ikhlas dan suci terhadap saya .. semoga , kita berdua akan berjaya bersama-sama dan membuatkan mak ayah kita bangga terhadap kita .. :)