Thursday, July 29, 2010

HIDUP INI MERUMITKAN

ehh..kenapa lah aku cakap macam tu..kenapa ya ada setengah makhluk entahkan I___S atau pun tidak..ataupun sengaja..ataupun..argghhh...tension! sepatutnya hidup ini lebih mudah..ya! namun bagi aku kehadiran spm tetap dirasakan juga..aku tak boleh nak sebut nama sape2..kerana hal ini sungguh sensitif..kadangkala boleh mendatangkan hiris di kalbu..kadang2 satu sekolah boleh tahu..bukannya aku dan lain2 tidak penat..bayangkan yang sedang menggantikan puasa..yang berpuasa sunat..termengah2 naik ke tingkat tersebut..aku bukan mahu protes sape2..bak kata orang simpan je dalam hati..kalau hati dah bengkak..apa nak buat? jomlah terjun bangunan....baru semua puas hati kot..

moral value:sentiasa ........ dalam melakukan sesuatu terhadap seseorang atau sesiapapun jua...

perasaan: INGIN MERAJUK..SAPE NAK PUJUK?!

Sunday, July 25, 2010

KAU PERGI JUA

JUMAAT-23 JULY 2010-41 HARI
al-fatihah untuk anak buahku yang tercinta..
Adam Haiqal..
meski jua acikmu ini tidak mengenali sepenuh dirimu..namun ingatlah bahawa kasih sayang di antara mak cik dan juga anak buah tidak akan terputus..acik berdoa di hari yang mulia itu..semoga dikau dapat membawa serta membantu orang tuamu dalam proses perjalanan ke syurga kelak..sesungguhnya Allah s.w.t sangat sangat berkuasa..
wahai kakakku..
sabarlah dikau..
semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya...

Friday, July 16, 2010

KENAPA DENGAN HARI INI?

Salam..dah lama tinggalkan belog ini..rindu la pula..jom jom dengar cerita..

selasa lalu bertarikh 13 julai 2010..10 orang ahli kadet polis terlibat dengan latihan menembak yang diadakan di Jalan Padang Tembak,KKB...bertolak dari sekolah kira kira jam 8..penat bebenar menunggu giliran menembak..alih alih petang punya daa..ish3 tapi itulah bukan nak bangga..dah kuasa memilih orang di tangan aku..cikgu pun percayakan aku..jadi apa lagi,kan! pengalaman kedua dalam hidup aku...hurmm berangan la sebentar..kalau dapat U nanti (amin)..ingat koko bahagian permainan nak ambil menembak..harap2 adalah..baik! cukup berangan! tak elok tau!

Hari ni..subjek PJK main ragbi..memang best! seronok gila! kasar betul kitorang main..sampai ada yang tergolek..terjatuh..tergelincir dan terhempap ! huahua...syoknya..sekali sekala kasar kan..tak salah..

berita buruk..balik sekolah tadi dah turun dari bas ni..kebiasaannya kena melangkah longkang besar dulu..
tup tup tap tap...tergelincir la pulak termasuk dalam longkang..sakitnya hanya tuhan yang tahu..mak bapak aku memang tak tahu pasal nie..kalau tahu pot pet pot pet...huhu

baiklah pengajaran hari ini:jalan tu tengok tengok lah bawah jugak..kalau ada taik haa p la pijak..hehe
zassss..salam

Saturday, July 10, 2010

SETAHUN PEMERGIAN ARWAH

-6JULAI 2010-

Masuk tarikh itu..dah genap setahun dia pergi..menerima panggilan dari cikguku yang bernama Cik Camie yang tika itu baru lepas maghrib..dia dah pun 'pergi'..hati ini,diri ini,hanya tuhan yang maha esa mengetahuinya..

tahun 2006..tahun aku mengenalinya..mengajar subjek literature..pengajarannya memang ok!...sepanjang aku mengenali dia pada ketika itu aku baru menjejakkan kaki di Ideal Heights ..aku fikirkan dia ni garang gila..tahun itu jugak dia mengandungkan anak sulungnya,qistina..

tahun 2007,tingkatan dua! pengajaran bahasa inggeris dia yang ajar..walaupun dia suka bagi banyak kerja..tapi tak mengapalah dah memang tugas seorang pelajar,bukan? kalau tak kerana Nasuha..mesti aku masih menganggapnya garang! tapi itulah..apabila mendengar khabar bahawa dia sedang menghidap kanser barah payudara..terkejut betul aku! yelah,siapa sangka orangnya yang kelihatan cantik,sentiasa tersenyum..namun perit di dalam hati tak siapa yang tahu...

hari yang terakhir aku berjumpa dengannya adalah..(tak ingat) ketika itu dia mengajar subjek IT untuk pelajar petang..hari itu juga dia membelanjakan aku,Nasuha,Khairil makan ayam KFC..tapi dalam makmal komputer..sepanjang itu Nasuha sering mengajak aku untuk stayback sambil berjumpa dan melepaskan rindu..hari itu juga dia membilang pada kami bertiga..hari ini adalah hari terakhir saya di sini..mungkin dalam tiga,empat bulan,setahun dia akan kembali ke sini atau mungkin...sesungguhnya hati aku sungguh sebak..dan sempat lagi aku bertanya padanya.."teacher,datang sini balik ye" "miss you forever"..entah kenapa aku rasa terkilan tak dapat peluk dia...hurmm

qistina dan qays aiden..harap kalian berdua dapat membesar dengan sempurna tanpa adanya kehadiran mamamu di sisi..Al-Fatihah!

Monday, July 05, 2010

OPERASI BEDAH KATAK

30 JUN 2010
pertama kali aku dan rakan-rakan membedah katak
alamak! ter upload dua kali pulak
selepas dibedah
kumpulan saya
katak..cepatlah bertukar! jadilah my prince charming
katak ohh katak..

sekian entry kali ini..harap anda menikmatinya!