Friday, June 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME :-)

Sepatutnya entry ini pada 22 Jun 2010..
namun disebabkan beberapa masalah...
tak dapat di laksanakan..

ucapan kepada-Nya : Ya Allah...terima kasih kerana engkau telah memanjangkan usia ku hingga ke hari ini..aku bersyukur kepadamu kerana engkau telah memberi kan aku nyawa untuk hidup lagi di alam ini..wahai tuhanku bantuilah aku dalam segala2 nya..hanya kepadamu aku berserah..amin

ucapan untuk diriku:Ye cik senyum..SpM makin tiba..jangan main2 cik senyum..tolong jangan hampakan harapan orang tuamu..berikan lah mereka sesuatu yang amat berharga sepanjang dikau dibesarkan oleh mereka..cik senyum,,meskipun dikau masih belum pernah merasakan apa itu cinta..jangan risau,,lebih baik jika dikau melalui dan melihat pengalaman orang lain terlebih dahulu...apa yangpenting buat dirimu sekarang..capaikan cita2mu..

ucapan untuk semua yang telah memberikan ucapan:terima kasih banyak2..walau nak dikatakan satu dunia mengucapkannya tidaklah..namun hati ini rasa sangat berbahagia..di sana sini ada yang mengucapkannya...Fb,Ms,telefon bimbit,Sekolah,Dlm rumah,,hehe terima kasih sekali lagi..saya sayang anda semua...


*adakah ini entry yang terpanjang setakat ini? :P :)

Saturday, June 19, 2010

WELCOME TO THE WORLD

Untuk akakku..
tahniah..
dah dapat anak ke-8 ni..
cukup cukup la tu..
takkan sampai nak buat team bola..
hehehe

Buat Adam Haikal..
anak buah terbaru aku...yeepee :)
selamat datang ke dunia ini..
moga kehadiranmu..
memberi makna buat keluargamu..
amin

Sunday, June 13, 2010

CUTI,CUTI,CUTI

Bola,bola,bola...
omg..
Demam Piala Dunia kian melanda...
apa yang best pasal bola..
boleh terangkan?
Golllllll...

Dah seminggu cuti sekolah nie..
itu jugak je lah..

Isnin:Mak aku pergi pasar dengan abah
sementara aku apa lagi...online!
Selasa:seperti yang kalian tahu..
kami pergi ke Carrefour Wangsa Maju dan Selayang Mall
Rabu:Temankan mak ke hospital
Khamis:Duduk rumah jerr..buhsan!
Jumaat:pergi pasar Selayang Baru..
geramm sangat dapat tengok shawl yang berwarna warni itu..

Baiklah cik senyum..
cuti cuti malaysia gak..
study yukkk

Wednesday, June 09, 2010

INSAN YG DAKU SAYANGI

8 JUN 2010
SELAMAT HARI LAHIR
MAKKU,SURAIDAH
SAHABATKU,SYAFIQA

SEMOGA KALIAN SIHAT SELALU,
MURAH REZEKI,
PANJANG UMUR,
DAN
BERJAYA TEMPUHI HIDUP INI

BUAT EMAK
AKU SEBAGAI ANAKMU
DOAKAN DIKAU
AKAN SEMBUH DARI SAKITMU

BUAT SYAFIQA
WAIMA KAU JAUH DARIKU
AKU TETAP MENYAYANGIMU
SEBAGAI SEORANG SAHABAT

Wednesday, June 02, 2010

GEMBIRA KOTT...

Di sini aku nyatakan...
orang yang sangat aku sayangi tak jadi pindah..
terima kasih tuhan..

Di sini aku nyatakan...
aku risau dengan keputusan 'exam' kali ini..
harap yang terbaik..

Di sini aku nyatakan...
aku tak sabar nak cuti sekolah..
boleh tidur lambat..
Di sini aku nyatakan..
dah banyak rancangan selepas SPM nanti..
strategi SPM???

Di sini aku nyatakan..
aku tak sabar nak dapat elaun...
citrawarna yang aku 'join' hari tu..

Di sini aku nyatakan..
aku nak berhenti dulu menulis..
penat la pulak bersajak ni.. :)

Monday, May 24, 2010

CITRAWARNA COLOURS OF 1MALAYSIA

halluuu...sudah lama tak meng'update' blog...mana taknya..pagi pergi sekolah petang latihan citrawarna..tapi sepanjang minggu lepas tiga hari berturut-turut di Dewan Tun Abdul Razak,PWTC...semua sekolah berkumpul tiga hari itu..memang seronok..waima dua hari itu rasa macam dalam ketuhar..hari Khamis baru la merasa penghawa dinginnya..jom layan gambar-gambar kami..

'model-model' memperagakan baju yang diberikan oleh Pak Ngah production..zon kami zon utara..jadi Smk Kepong,Smk Taman Selayang,Smk Seri Selayang semuanya berwarna kuning..
taraa..sepanjang itu juga kumpulan break dance Wakaka Crew dengan Floor Fever pun ada...tapi sayangnya tak berpeluang bergambo dengan Alam dan Joe..huhu
ni pulak masa di khemah kami di belakang dataran..masing-masing sebenarnya kurang suka dengan baju tersebut..namun apa nak buat koreografer kitorang kata..ikut tema...yolahh
yang ni hari persembahan yang sebenar..tengoklah muka pun dah kena touch-up..pakai bulu mata palsu..waduh-waduh rasa lain gila..tak faham aku macam mana rozita che wan boleh ok jer pakai hat tuhh..rasa macam ada awning je atas tu..huhu tapi tu lah pengalaman kali pertama mekap betul-betul...fuhh
layan lagi..zass
haa..ni muka aku lepas di touch-up oleh jurumekap a.k.a kawan kitorang sendiri..iaitu Lily..nak mekap dengan cikgu dah full..apa lagi takut tertinggal suruh je la dia mekap...

apa-apa pun memang gembira yang amat semasa semua ini...bagi idealian lepas ni dah tiada lagi tari menari yerk..belajar elok-elok tau...our koreografer Kak Fiza and Abg Mi..we will miss you forever..thanks kerana sudi mengajar kami menari..walau ada tika waktu itu kami main-main...terima kasih sekali lagi..

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

guru...
tanpamu aku tiada hari ini..
tanpamu aku bukan di sini..
tanpamu aku...

guru..
kau ibarat lilin..
menerangi hidupku..
mengajar erti usaha..

guru...
kau akan ku kasihi..
waima di mana jua kau berada..
utara,selatan,timur dan barat..
tetap ku ingati..

guru..
tidak lama lagi..
bakal aku tinggalkan sekolah ini..
dimana tempatku belajar..
selama 5 tahun ini..

guru..guru..guru dan guru..
kenapa bukan cikgu?

-TERIMA KASIH WAHAI CIKGU-CIKGU KU YANG PERNAH MENGAJAR KU SELAMA INI..TIDAK KIRA WALAU DI MANA JUA..DOAMU SENTIASA DALAM INGATANKU..
-TERUTAMA CIKGU-CIKGU SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS