Wednesday, June 22, 2011

22 JUN 2011 - 18 TAHUN SUDAH !

CIK SENYUM,
a.k.a.
CIK FARAH,,
SELAMAT HARI LAHIR KEPADA DIRI SENDIRI..
CUKUP,SAH,
18 TAHUN !


salam..alhamdulillah..akhirnya cik senyum dah cukup 18 tahun..hehe..sedar tak sedar..cepat je masa berlalu kan..akhir-akhir ni cik senyum memang sibuk sangat..mengalahkan artis tu..ke sana ke mari..hurmm..al maklum,tak lama lagi cik senyum dah nak pergi belajar..entah dapat kan lagi ke tak nak kemas kini blog kan? erm.. :(

‎~~~ cik senyum , tak tau nak kata apa .. kali ni rasa macam terharu sangat-sangat .. ramainya yang bagi ucapan .. hihi :D terima kasih kawan2 FB, sedara mara , yang bagi ucapan melalui mesej,panggilan dan yang seangkatan dengannya .. walaupun tak dapat hadiah,cuma sekadar ucapan pun sudah cukup mengharukan .. terima kasih ke hadrat ilahi kerana telah memberikan cik senyum nyawa untuk bernafas di muka bumi ini .. terima kasih atas segalanya ~~~ senyum
selalu !

untuk tahun ini..cik senyum tak dapat hadiah langsung dari mak ayah cik senyum..tapi,cik senyum tak kisah pun..sebab pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka benar-benar meruntun hati dan jiwa cik senyum..selalunya,cik senyum akan dapat RM XX.XX .. tapi,tiada untuk kali ini..tiada untuk kelahiran hari ini..cukup lah cik senyum tengok abah dengan emak cik senyum ke hulu ke hilir menemani cik senyum menyelesaikan pemergian cik senyum ke tempat pengajian nanti..

cik senyum tahu,mereka juga turut sedih di saat cik senyum tak dapat langsung tawaran dari U .. kadang kala cik senyum rasa bersalah,kenapa la tak belajar betul betul dulu..kan,sekarang dah senang..mesti bulan 5 lagi dah keluar dari rumah..

hurmm,tak lama je lagi..insyaAllah cik senyum pergi daftar ke kolej tersebut 5 Julai nanti..sebenarnya,cik senyum pun takut jugak nak menghadapi dunia luar ni..ye lah,cik senyum mana pernah berpisah dengan keluarga..bayangkan cik senyum pergi shopping complex dengan kawan-kawan pun,emak tetap call.."bila nak balik ?" "hari nak petang dah ni" .. malu tu ada la jugak..member member macam berkata kata la jugak "anak emak" .. yup,cik senyum tak kisah pun..sebab rasa,mak betul betul melindungi cik senyum..terharu ~

hurmm,cukuplah sampai di sini sahaja..biarkan yang lain tersemat di dalam diari kesayangan cik senyum..

! TERIMA KASIH !

No comments:

Post a Comment