Friday, October 14, 2011

EH, DAH BULAN 10 LAA !

Assalamualaikum! ehehe..nakalnya cik senyum ni..boleh online lagi dalam kelas IT! hehe..ini "makan" dia..untung kan kalau bawak lappy sendiri..ngehehe nak save document pun senang..Ok,back to the story! sekarang dah bulan oktober dah kan? pejam celik pejam celik tak lama lagi cik senyum dan jugak rakan-rakan cik senyum dah nak berambus pun dari kolej nie..hehe makna cik senyum dekat sini, berambus dengan cemerlang..haha

      Ikatan silaturrahim yang terjalin antara kami semua, memang tak dapat cik senyum lupakan..dari ikatan persahabatan sehinggalah ke suatu ikatan yang lain..tapi ikatan tu tak sah lagi,cuma kongsi-kongsi kasih je antara kami berdua kan..namun,cik senyum sedar..antara kami belajar itu adalah yang lebih utama lagi sekarang..alhamdulillah, semuanya telah berlaku selama sebulan..cik senyum memang teramat sangatlah *** dgn si dia..tapi lepas dah kena torture dengan someone,ok fine..cik senyum terpaksa la kawal-kawal sikit an..hurmm

       Kolej Profesional Mara Seri Iskandar,Perak! cik senyum takkan lupa tempat nie..walaupun hanya beberapa bulan di sini..telah membibitkan sebanyak memori manis antara cik senyum dan si dia, serta jugak dengan kawan-kawan sekelas..kawan-kawan dorm..dan tak lupa jugak dengan karenah pensyarah..hari ni jugak cik senyum baru je hantar assignment agama..dateline terakhir hari ni kan..baru malam tadi terkocoh-kocoh nak print..nak check balik..hurmm memang mengajar cik senyum la lepas nie..tapi minggu ni memang cik senyum akui..minggu stress sedunia..bukan cik senyum sorang je tak siap malah, hampir kesemua batch cik senyum yang ambil sama kos dengan cik senyum nie tak siap lagi..taubat la, lepas ni tak mau jadi macam ni sudah..

       Tahun depan, harap-harap cik senyum dapat sambung kembali untuk mengambil diploma pula..masa apply, dia bagi 3 pilihan..tempat pertama, cik senyum pilih dekat Beranang..kedua, Ayer Molek dan ketiga di sini..tempat pertama cik senyum dan si dia sama, cik senyum harap kami berdua dapat tempat sama lagi, amin. Bukan apa, cik senyum dah jadikan dia tu umpama cikgu Math, dia kerap kali ajar cik senyum Math..memang la dia pandai sesangat dalam subjek ni berbanding cik senyum yang kurang sikit ni kan..

       Hurm, ada lebih kurang 3 minggu je lepas nie..sibuk dengan drama, assignment IT..assignment Math yang bakal menyusul..jangan pulak ada assignment BI sudah..memang bertambah sibuk la kan..nak nak pulak nanti dah nak final exam..ahhh, cik senyum memang takkan lupa kolej ni..di sini lah cik senyum belajar suatu perkara tu yang cik senyum sendiri takkan expect ini terjadi..terima kasih awak, terima kasih kawan..cik senyum sayang korang semua...

p/s : will miss all this beloved memory.... <3








No comments:

Post a Comment