Saturday, December 31, 2011

1 Januari 2012 .. :)

assalamualaikum ! ..

pejam celik pejam celik .. ehh, dah masuk tahun baru rupanya.. dah tahun 2012 dah pun..

ermh, bagi cik senyum kan.. tahun 2011 nie memang banyak sangat kenangan manis yang tercipta..
lagi, adat laa kan kalau ada manis mesti ada perasa lain-lain jugak.. hehe

jadi, apa azam korang untuk tahun ni ? ..

azam cik senyum ? ..

ermh, tak lebih dan tak kurang.. cik senyum cuma mengharapkan tahun ini memberikan lebih sinar buat cik senyum.. alhamdulillah kan, cik senyum dapat sambung Diploma in Business Studies dekat KPM Beranang.. jadi, cik senyum berharap moga cik senyum dapat membawa bidang ini dengan lebih baik lagi , amin.. korang doa-doakan sekali tau .. :)

lagi, .. cik senyum berharap semoga perhubungan antara cik senyum dan " si dia " akan berkekalan lama walaupun selepas ini kami akan menghadapi dugaan Cinta Jarak Jauh (CJJ).. redha jea la kan.. chilllaxxx !

ermh, korang tau tak.. tahun 2011 nie.. banyak perkara "pertama kali" cik senyum hadapi..

al-maklum laa, cik senyum ni anak emak !.. baru sekarang ni laa nak merasa dunia remaja..

The best thing is : -
  • 26.12.10 sampai 26.05.11 .. lama kan ? 5 bulan ! .. cik senyum kerja sebagai part-time shoes promoter.. brand : scholl .. alahai, kasut mak-mak kita yang mahal-mahal gituh.. juga dikenali sebagai kasut kesihatan..
  •  Hasil dari duit gaji yang cik senyum dapat tu, cik senyum dapat la tampung belanja makan hari-hari.. selain dari tu jugak, cik senyum berhasil membeli Nokia C3 warna purple yang cik senyum tengah gunakan sekarang nie..
  • Azie dan jugak Nisa, diorang member terbaek cik senyum sepanjang kerja nie.. diorang laa yang mengajar cik senyum pergi karaoke dan jugak, tengok wayang ! oke, cik senyum mengaku.. itulah kali pertama kali cik senyum pergi panggung wayang oke, betapa kunonya .. :D first filem yang cik senyum tengok masa tu, genre seram . Senjakala.. lakonan Zahiril Adzim dan jugak Liyana Jasmay.. :)
  •  Dah kerja kan, banyak la jumpa mamat ensem, mamat cute.. hehe dan cik senyum tak pernah terlepas dari menyukai seseorang insan itu.. namun, tiada apa yang terjadi antara kami oke, hanya kawan sekerja! bukan apa, cik senyum suka sangat tengok muka dia, cute laa ya amat.. sampai kan " si dia " yang ada sekitar situ pun, cik senyum tak pandang sangat.. hehe
  •  05.07.11 .. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak ! .. alhamdulillah, selepas mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan masa bulan Mac yang lalu.. ayah cik senyum tolong mohonkan kolej ini untuk cik senyum..pertama kali berjauhan dengan keluarga, pertama kali dalam hidup duduk asrama..! tak de la sampai nanges-nangis kan.. mungkin sebab cik senyum dah biasa pergi kem kan, so.. macam takde masalah le di situ..
  •  orientasi yang memenatkan selama seminggu !.. tapi, banyak benda yang kitorang dapat belajar dari situ.. persahabatan, kerjasama.. macam-macam lah.. cik senyum punya group nama dia, ANGSA !.. rasa macam, antara group yang tak berapa nak hot.. hehe tapi fasi kitorang tu HOT taw dalam kolej ni, nama dia.. Abg Asri.. peramah tau abg tu! sampai dah habis orientasi pun dia still tegur cik senyum.. alahai, terharu.. kat sini gak, macam-macam jenis tepuk2 amai2  kitorang belajar.. pengalaman kena denda, kena simbah air.. kena paksa, ergghh memang perit.. ni pun, cik senyum kena tempuhi lagi orientasi untuk kali kedua.. kita tengok macam mana nanti wokeyh ! (ntah ntah lagi kejam, errhh)
  •  Bilik K1-A4-12 !! Alya, Nabila, Natira, Atiyah, antara bilik paling famous pada awal-awalnya..hehehe famous sebab apa taw, bilik kitorang ni macam jadi bilik luahan perasaan.. kitorang la jadi mentor-mentornya, jadi pakar motivasi..haha tak pe, jadi pendengar setia itu bagus !..
  • PIP. A ! Abby,Kechik,Pak Long,Shin Bei,Pian,Ateh,Najmi,Afnan,Saiful,Amin,Fahmi,G-ha,Aishah,Eyfa,Nyna,Bella,Farhana,Miera,Lia,.. dan jugak 2 orang kakak kami, Kak Wawa dan Kak Ika.. 21 orang! Sometimes diorang ni gila-gila tau, sometimes too serious..and sometimes blurred! haha.. macam-macam kan perangai kami semua.. but, they are the best!..
  • Sir Hamzah & Madam Raftah.. lecturer the best bagi cik senyum!.. Pandaikan diorang ni bersandiwara.. masa mula awal perkenalan dulu. ya habibi garang macam singa!.. dengan Sir Hamzah yang asyik dok perli-perli orang melayu.. dengan Madam Raftah hang hatinya kitorang kena jaga betul-betul, kalau tak alamatnya jangan harap la esok ada kelas, oke! Tapi, paling cik senyum tak akan lupa sekali, saat kena bahan dengan Madam Raftah pasal cik senyum dan si dia..heee, hari-hari kena bahan tau, rinduu ! <3
  • Lecturer yang lain-lain pun best jugak !.. En.Zul, Ms.Ilyani, Ms.Syahda, Ms.Fara, Madam Linda, dan jugak Ustazah Sharifah..setiap lecturer tu, bagi cik senyum ada je kisah diorang tersendiri.. En.Zul dan jugak Ms.Ilyani dah pun selamat bertunang.. Ms.Syahda tak berapa rapat sangat.. Ms.Fara pulak still belajar lagi.. Madam dan Ustazah ermh, pun tak rapat sangat..
  • PIP. B ! cik senyum pun rapat tau dengan diorang.. semenjak kelas kitorang bergabung masa kelas Math-Madam Raftah.. kelas Drama-Ms..Syahda.. Speaking-Madam Linda.. semenjak tu la mula mengenali mereka.. tambahan lagi, lepas cik senyum couple dengan " si dia ".. lagi-lagi la bertambah rapat.. :D takkan lupa jugak pada budak-budak kelas PIP.B.. Laila,Eija,Nad,Finaz,Kak Mimi,Abg Salihin.. antara yang terapat di sana..
  • 15.09.11 .. dari mata turun ke jiwa, dari teman menjadi cinta.. lirik Carta Hati by Najwa Latif.. yup, itu lah yang terjadi antara cik senyum dan jugak si dia.. setelah sekian lama kenal dari tempat kerja dulu sampai la terjumpa dekat kolej semula.. tak tahu pula cik abg sorang ni menaruh harapan pada cik senyum.. hehe apa-apa pun, cik senyum nak katakan, inilah kali pertama cik senyum bercinta .. dan ianya, sangat TERINDAH ! <3 <3 <3
  • 11.11.11 .. cantik kan tarikh tu ?..! Tarikh tu tarikh keramat buat kami semua, hari perpisahan kami semua.. sedih memang sedih.. namun, segala memori yang tercipta sangatlah menusuk qalbu.. petang tu jugak, selepas dah habis jawab exam, dah selesai jamuan untuk pelajar PIP.. cik senyum dan jugak rakan-rakan yang lain gerak ke Pulau Pangkor, entry yang lalu hari itu.. pertama kali bercuti dengan rakan-rakan..
erm, setakat tu.. cukup la kan.. 2011 , memang meninggalkan banyak memori buat cik senyum.. semoga, dengan kehadiran 2012 ini, kehidupan cik senyum dan korang semua akan lebih bersemangat lagi .. ! aja aja fighting ! ..



No comments:

Post a Comment