Sunday, July 03, 2011

SELAMAT TINGGAL SELAYANG ! :D

assalamualaikum..ok! bertemu kembali! ingin cik senyum nyatakan di sini..cik senyum tak sabar-sabar nak gerak ke tempat pengajian cik senyum di Perak..lepas ni jadi orang Perak le kita yeop! huhu...dikhabarkan,berkemungkinan jam 5 pagi esok iaitu 5 julai 2011 cik senyum dan keluarga bakal bergerak ke Seri Iskandar,Perak...

Sedar tak sedar..dah cukup 6 bulan cik senyum menetap dalam rumah..huhuhu..lepas ni asyik dok memerap dalam kolej je la..dengan aktiviti bagai lagi..Selayang ke Perak ? rasa macam tak jauhkan ? hehehe,,comfirm lah lepas ni mesti rindu dengan mak,abah dan jugak adik aku sorang tu..cik senyum harap,kondisi ini tak berubah dan tak menjadikan kami renggang...harap sangat-sangat! waima cik senyum suka cari gaduh dengan adik kan ? ! ngeeehee..

KPMSI !
HERE I COME !!!

Perasaan gembira,sedih,takut bercampur baur lah..tapi yang pasti,cik senyum sentiasa ingatkan diri sendiri,BE POSITIVE! nak diceritakan lagi,ini lah kali pertama cik senyum berpisah dengan keluarga...almaklum,sebelum ni mana la pernah duduk asrama kan..harap-harap keadaan ini tak membuatkan cik senyum jadi panik !

hmm..kalau dulu..agak selalu la jugak mak kejutkan bangun pagi..tapi,bermula esok hari dan seterusnya..cik senyum kena lah berusaha untuk bangun diri sendiri..takkan la pulak nak mengharap kawan-kawan kolej pulak kan..menyusahkan mereka je pulak ! :P

ok! KPMSI ! harap-harap minggu orientasi nanti,gempak giler ! :D
facebook ? blog ? .. hmm lagi lambat la update kot..huhu

buat semua yang kenal dengan cik senyum..jaga diri korang baik-baik..cik senyum sayang korang selamanya.. :D

1 comment: