Thursday, September 22, 2011

BAHAYA MELANDA ! haha

Assalamualaikum semua! Harap-harap semua sihat di pagi Jumaat yang mulia ini..malangnya,cik senyum pulak ditimpa selsema..haishh nasib la..punya la semangatnya pergi kelas BI-Sir Hamzah pagi ni,alih-alih kitorang tak de kelas hari ni..hushh on the way pergi kafe, ternampak la pulak sayang-sayang cik senyum tu..dah macam kebetulan pulak,hari ni cik senyum pakai baju kurung warna coklat,dia pulak pakai kemeja coklat,ahakss..haha
             
            Sedar atau tak,alhamdulillah dah seminggu dua hari kami berkongsi kasih sayang..dari tarikh 15 September yang lalu hingga lah saat dan detik ini..cik senyum betul-betul sayang dekat dia..dan cik senyum pun yakin dia jugak sayangkan cik senyum..tambah-tambah pulak dia pandai dalam subjek Matematik,memang la cik senyum rasa satu kelebihan dapat diajari olehnya..beruntung,beruntung..memang la semenjak dua menjak ni cik senyum asyik tersenyum jep..

             Sekarang dah bulan 9 kan? So, tinggal berapa bulan je lagi cik senyum dan rakan-rakan lain bakal melangkah keluar dari KPMSI ini..hurmh sedih la pulak..yang pentingnya,segala memori suka duka akan tersemat jua di minda dan hati ini..

              Tambah-tambah lagi,kenangan bersama si dia lebih menguatkan lagi memori-memori yang indah..kenangan berbasikal,kenangan joging..haishh macam-macam lah..ohh yep,kenangan dalam bilik kuliah,dewan kuliah..kenangan kena perli dengan lecturer..Ya Allah,indahnya segala-segala ini..

               Minggu lepas lagi syok,daripada hari Jumaat sampai la hari Selasa,cik senyum asyik berbasikal jep..hihi kalau ikutkan cik senyum dah lama tak berbasikal ni,tapi bila dah hari-hari naik..jadi ketagih..ketagih yang menyihatkan bukan?..Rabu hari tu,KPMSI buat event Sambutan Raya Aidilfitri..petang tu pulak,open house asrama siswa..memang la ramai siswi-siswi ke sana,,memang meriah! cik senyum pun turut sama memeriahkannya,apa lagi cik senyum dan kawan-kawan beraya ke bilik sayang-sayang cik senyum la kan..hikhik

               ok lah,cukup sampai di sini..banyak cerita lagi kalau nak ikutkan..tapi cik senyum dah tak larat nak menaip..selsema la katakan,hurmm lepas ni tinggal nak fikir pasal drama untuk last sem. sebelum kami semua habis PIP dan jugak assignment agama..!

p/s : saya sayang sama kamu .. <3

No comments:

Post a Comment