Wednesday, August 25, 2010

SEPERTI BIASA

kehidupanku kala ini seperti biasa..tiada yang berubah cuma perjuangan yang bakal aku hadapi di akhir tahun ini bersama dengan rakan-rakan tercinta..sedar tak sedar hari ini sudah pun 15 ramadhan..spm pulak 91 hari je lagi..persoalan buat diriku..adakah aku sebenar-sebenarnya sudah siap dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi percubaan selepas raya??? adakalanya aku terfikir..waima kita dalam tahun peperiksaan terbesar,adakah perlu dan wajar jika kita "menyorok" diri kita dalam bilik semata-mata untuk menelaah pelajaran sehingga tidak mahu berjumpa dengan saudara mara di hari yang mulia? bagiku memang tak wajar langsung..nak kata skema memang yer pun..tapi haishh entahlah...manusia memang lain dari yang lain kan?!

apa pendapat anda tentang persahabatan?? bagi saya persahabatan itu indah..tak seperti cinta walau kita dah berputus kasih sekalipun kawan akan tetap menemani hidup kita..kenapa ya ada segelintir manusia langsung tidak boleh menerima kemaafan dari orang lain sedangkan hal tersebut sudah pun lama berlalu? aku tau kerana aku sendiri pernah merasainya..namun sering aku katakan pada diriku biar je lah ia berlalu bak angin sumatera namun dalam hati tetap terpahat parutnya...hidup ni ada susahnya ada senangnya nak cari kawan..buatku cubalah jadi yang terbiasa waima tak dapat jadi 'hot' sekalipun agar kita diterima orang.....

No comments:

Post a Comment