Tuesday, August 17, 2010

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SOLEHAH

bismillahhirrahmanirrahim...ya allah ya tuhanku engkau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..sesungguhnya engkau berikanlah syurga buat dirinya..

menerima khabarnya bahawa dia telah pun 'pergi' benar-benar mengejutkan diriku..ku kira sudah hampir tiga/empat hari dia tidak menaiki bas yang sama dinaiki bersama denganku...hati ini pernah juga berdetik adakah dia baik-baik sahaja..namun kuasa tuhan telah menentukan segalanya..dia pergi juga pada 5.40 am..iaitu ketika umat islam baru sahaja selesai menyempurnakan sahur mereka untuk hari ke-6...hanya disebabkan oleh denggi..

sehingga ke hari ini aku benar-benar tidak percaya bahawa dia sudah pun pergi menghadap yang ilahi..sedangkan dia yang lebih muda dari aku telah pun....ahh aku benar-benar tidak percaya..arwah seorang yang baik hati..jarang sekali aku melihat dia marah-marah tatkala bas kami lambat ambil atau sebagainya..kali ini tinggallah kerusi yang kosong di dalam bas itu..hanya bayang2nya saja dapatku rasai...

takziah buat keluarganya... :(

1 comment: