Sunday, December 25, 2011

PENGKALAN BALAK, MELAKA ..

        Assalamualaikum! ermh, harap-harap kalian semua sihatlah handaknya.. cik senyum di sini seperti biasa sihat selalu.. tapi haritu, tak de lah jugak.. masuk awal bulan 12 jea, masa mula-mula masuk kerja tu kan.. diserang demam pulak.. biasalah virus kerja.. hehe Hurm , petang tadi lebih kurang jam 4.30pm.. cik senyum, mak abah, adik dan jugak abang cik senyum, selamat tiba di bumi Selayang..

        24 Disember 2011.. setelah sekian lama tak bercuti, kini tibalah masanya !.. rancangan last-last minit.. tu pun sebab abang cik senyum yang dah kahwin tu ajak sekali ke Melaka.. dia ada pertandingan memancing dengan kawan-kawan dia.. diajaknya la kami semua ni sekali untuk bercuti.. dah alang-alang tu kan.. pergi jea la, walaupun menghadapi banyak rintangan sebelum ke sini.. dapat lepas ke Melaka ni pun, sebab pakai kereta abang cik senyum yang lagi sorang tu.. almaklum la dia baru beli kereta, Proton Saga 1.3.. kalau tak, jangan bermimpi la dapat tengok laut lagi cik senyum..

        Pagi tu, kami bergerak lebih kurang jam 8.30am macam tu.. sarapan dekat RNR Sg. Buloh.. cik senyum makan nasi lemak plus with Teh Ais.. memang favourite dah kan.. mak pun dah tau sangat.. dah makan apa semua, gerak semula ke Melaka.. melalui lebuhraya Guthrie.. jalan ke Shah Alam tu.. baru la masuk ke Highway Utara Selatan.. nasib baik jalan hari tu tak de jem sangat.. jem kat satu tempat je pun, tu pun sebab ada kemalangan kecil melibatkan kereta.. biasalah orang Malaysia kan.. asal nampak excident je, mula la slow semedang jea dok usya-usya sekali.. usya then tolong boleh arh citer, nie tak.. sibuk jea kan.. ish,ish..

        Finally, dalam pukul 12.30pm.. sampai dah pun Pengkalan Balak, Melaka.. sebenarnya cik senyum jarang dengar tempat ni.. tapi sebab dah nampak laut.. tak pikir apa lagi dah.. nak mandi jea! hehe.. check-in tempat penginapan kami, Restu Resort yang abang cik senyum sewakan tu..yang kurang bestnya pulak.. tengah haritu hujan lebat.. lebat sesangat.. ingatkan bilik kitorang semua sekali, rupanya tak.. cik senyum and our family satu bilik besar, ada dua katil size king.. bilik akak ipar pulak, satu katil king size satu lagi single size.. not bad la resort dia.. perut masing-masing dah lapo sebenarnya.. tunggu hujan redha sikit.. kitorang pun pergi la cari kedai makan, ehh tak.. follow jea akak ipar pergi kedai makan tu kan.. dia dah pernah datang sini dulu-dulu..

        Lepas tu, kembali semula ke resort.. tak lama lepas tu hujan berhenti sudah.. apa lagi, adik cik senyum pun dah bising-bising kan asyik mengajak mandi jea..

oke la.. cik senyum dah tak larat pulak dah nak bercerita ni.. kepala pun dah rasa macam lain je nie.. rasa macam kena tarik dengan bantal je.. hehe oke la.. layan je sikit gambar kat bawah nie.. roll down..


cik senyum with mak abah adik n anak buah tercinta, Zahraa..


abang cik senyum with his family..

abang cik senyum yang ke-2 pulak dengan anak buah kesayangannya..
abang lah bawak kereta, nak harapkan abah pun, abah tak larat sangat nak drive jauh-jauh.. nak harap cik senyum? lagi lah tak, lesen pun tak de.. reti duduk dalam kereta ada la.. hehe


Last pict. ! .. gambar owner mesti ada kan ? .. masa ni tengah dok melayan laut yang terbentang luas tu.. sambil mengenangkan malam masa di Pulau Pangkor.. kenangan tu bagi cik senyum, terindah sesangat.. cik senyum tak mungkin dapat lupakan sampai bila-bila.. cik senyum akan ingat apa yang kami bicarakan malam tu..
* err, cik senyum nampak kurus sikit tak ? heee..
~ ~ ~ Pengkalan Balak, Melaka.. 24.12.2011 & 25.12.2011.. percutian bersama keluarga kali terakhir untuk tahun 2011.. cik senyum harap, akan ada lagi percutian seperti ini untuk tahun depan.. moga-moga ada rezeki.. walau apa pun, kenangan Pulau Pangkor tetap dalam ingatan.. <3




1 comment:

  1. terima kasih kerana telah menginap di resort kami " Restu RESORT"..

    ReplyDelete