Sunday, September 12, 2010

SUASANA HARI RAYA

holla..bertemu lagi di edisi hari raya ini..hari raya pertama aku sekadar beraya di sini sahaja..beraya dekat rumah jiran..jiran raya rumah aku..gitulah..tapi betul2 aku nak kata raya tahun ni memang...dalam otak pikir nak trial spm jerk..bayangkan lah ekk dah berapa hari raya ni aku sentuh buku tu sekejap je..pastu dah nak kena tolong mak masak la plak..aduhai nasib2..apa2 pun agak gembira bila ada seseorang yang aku admire beraya kat sini..huhu
ok2 jom layan gambar2 sempena hari raya nie..sikit je la..hehe

taraa ni lah keluargaku tercinta..
abg edi family...kak idah and the cutest one Zahra!
my bigggg family(keluarga sebelah ayah)

waima tahun ni dah "tua"..tapi masih lagi dapat duit raya..thanks saudara maraku..sayang kalian..
papai..i'm coming trial spm!

Wednesday, September 08, 2010

SALAM AIDILFITRI

kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya..saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...maafkanlah segala salah dan silap saya..maafkan segala keterlajuran saya..saya hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..tetapi syukur alhamdulillah kali ini dapat lagi saya beraya lagi..

kepada keluarga sebelah emak saya..saya ucapkan takziah kepada kalian di atas pemergian adik tersayang yang merupakan ayah saudara saya semalam...segala yang terjadi pasti ada hikmah..kepada mak cik nor,emir,izzati,insyirah dan dina tabahkan hati kalian..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Saturday, September 04, 2010

BUKA PUASA BERSAMA RAKAN SEKELAS

3 September 2010 bersamaan dengan 25 Ramadhan..dengan bangganya aku nak bagi tahu..hari itu aku dapat keizinan pergi makan-makan dengan rakan sekelaku 5 sains 3!!!!!
thanks Fatin,Teha,Ayu,Eyqa,Elysa,Nazahatus dan lagi dua orang sahabatku yang bernama Syahirah dan juga Syuhada..kalau tak kerana korang jangan harap la aku nak sampai kat CHOP N STEAK nie!..mendengar rayuan dan pujukan diorang memang la aku kesian gila-gila..oh ya! lupa pulak..jejaka-jejaka malaya Mustaqim,Haziq,Syafiq n Ali...(famous amos korang kat blog aku ni tau)

bertolak dari pukul 6 gituh..bersama Syud,Syeera,Ain n Nadirah F4...kitorang g jalan-jalan dulu..si Syud nak beli jam..pastu jumpa terjumpa Eyqa n Syafiq,OMG! skandal ekk...heee then pegi popular jumpa si ayu Naza..beli-beli sikit terus gerak sana..mula-mula agak geram jugak ramai yang yeye benar nak pergi alih-alih tak dapat gie..tapi akhirnya ramai jugakk..ishh sayang la korang nie..kiranya ini suasana berbeza sebab pertama kali berbuka kat luar dengan kawan-kawan...

layan jomm..
antara jejaka malaya yang join..haziq dan ali..gambar mus dengan sapiq x de lak..tak pe korang tetap dalam ingatan aku..
antara bakal-bakal calon gadis melayu next season..syud,bah,aten..
syud,bah,aten lagikkk
dari kiri: teha anak pak cik jamal,naza anak pak cik sharif,eyqa anak pak cik osman dan syeera anak pak cik yusof..hehe
melampau betul kan..gambar kitorang je..haha
haa sebelah aku ni la iya-iya sangat mengajak..anyway thank sebab ko belanja jus Honeydew..sayang ko dunia akhirat!

syeera dan si cantik paling lawa hari itu--elysa!
elysa n syud
dah habis dah..hehe on the way aku nak cakap kat korang..aku rindu sayang kamu orang sampai mati...aku akan ingat peristiwa ini sampai bila-bila..
kita hang out lagi ekk lepas ni..itu pun kalau mak aku bagi la..
salammm

Sunday, August 29, 2010

GERAM-MARAH-SEDIH

baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu berita yang memang membuatkan ramai rakyat Malaysia geram,marah,sedih dan sebagainya...

mengapa perlu warga indonesia membakar bendera kita sendiri hanya kerana satu isu?? tidak cukupkah dengan memijak-mijaknya lagi..hal ini jika difikirkan semula memang benar-benar menyakitkan hati..

waima aku sebenarnya tidak berminat dengan sejarah..tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang terjadi sewaktu Malaysia ingin bergabung dengan dengan Indonesia..daripada saat itu juga mereka sudah...

apakah mereka tidak bersyukur ?? sedangkan kita sendiri sudah memberikan bantuan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain..?? aku seorang pelajar tingkatan lima benar-benar kesal atas apa yang telah dilakukan oleh negara tersebut..

bagi korang yang masih lagi nak membangga-banggakan negara jiran kita tu..tak payahlah..fikir la banyak kali..tak pun pergilah baca balik buku teks Sejarah tingkatan 5 mengenai penggabungan antara Malaysia dan Indonesia...

Walau apa pun..aku tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia..

SELAMA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Thursday, August 26, 2010

NEW LOOK

Taraaa....first time kot aku pakai shawl..first time jugak beli shawl...comel tak saya??
alahaii jangan perasan cik senyum...selagi muka ada jerawat jangan kata cumell..ahhaha


apa pandangan anda????....

Wednesday, August 25, 2010

SEPERTI BIASA

kehidupanku kala ini seperti biasa..tiada yang berubah cuma perjuangan yang bakal aku hadapi di akhir tahun ini bersama dengan rakan-rakan tercinta..sedar tak sedar hari ini sudah pun 15 ramadhan..spm pulak 91 hari je lagi..persoalan buat diriku..adakah aku sebenar-sebenarnya sudah siap dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi percubaan selepas raya??? adakalanya aku terfikir..waima kita dalam tahun peperiksaan terbesar,adakah perlu dan wajar jika kita "menyorok" diri kita dalam bilik semata-mata untuk menelaah pelajaran sehingga tidak mahu berjumpa dengan saudara mara di hari yang mulia? bagiku memang tak wajar langsung..nak kata skema memang yer pun..tapi haishh entahlah...manusia memang lain dari yang lain kan?!

apa pendapat anda tentang persahabatan?? bagi saya persahabatan itu indah..tak seperti cinta walau kita dah berputus kasih sekalipun kawan akan tetap menemani hidup kita..kenapa ya ada segelintir manusia langsung tidak boleh menerima kemaafan dari orang lain sedangkan hal tersebut sudah pun lama berlalu? aku tau kerana aku sendiri pernah merasainya..namun sering aku katakan pada diriku biar je lah ia berlalu bak angin sumatera namun dalam hati tetap terpahat parutnya...hidup ni ada susahnya ada senangnya nak cari kawan..buatku cubalah jadi yang terbiasa waima tak dapat jadi 'hot' sekalipun agar kita diterima orang.....

Tuesday, August 17, 2010

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SOLEHAH

bismillahhirrahmanirrahim...ya allah ya tuhanku engkau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman..sesungguhnya engkau berikanlah syurga buat dirinya..

menerima khabarnya bahawa dia telah pun 'pergi' benar-benar mengejutkan diriku..ku kira sudah hampir tiga/empat hari dia tidak menaiki bas yang sama dinaiki bersama denganku...hati ini pernah juga berdetik adakah dia baik-baik sahaja..namun kuasa tuhan telah menentukan segalanya..dia pergi juga pada 5.40 am..iaitu ketika umat islam baru sahaja selesai menyempurnakan sahur mereka untuk hari ke-6...hanya disebabkan oleh denggi..

sehingga ke hari ini aku benar-benar tidak percaya bahawa dia sudah pun pergi menghadap yang ilahi..sedangkan dia yang lebih muda dari aku telah pun....ahh aku benar-benar tidak percaya..arwah seorang yang baik hati..jarang sekali aku melihat dia marah-marah tatkala bas kami lambat ambil atau sebagainya..kali ini tinggallah kerusi yang kosong di dalam bas itu..hanya bayang2nya saja dapatku rasai...

takziah buat keluarganya... :(